Halaman

Rabu, 24 Jun 2015

Minum Yang Banyak

Kelmarin, aku bawa abah mertuaku untuk rawatan susulan di Hospital Lam Wah Ee. Dia terpaksa berjumpa dengan dua orang doktor yakni Dr Loke - pakar tulang dan Dr Lau - pakar organ dalaman.

Sesuatu yang menjadi 'kehairanan' pada beberapa orang yang aku jumpa selama aku menjaga abah di hospital ini ialah.... ramainya orang yang sakit hinggakan wad dikhabarkan telah penuh.

Ada seorang Benggali aku jumpa semasa menaiki lif berkata;

"Memang heran la. begitu banyak hospital kerajaan, hospital swasta... lagi tara cukup!"

"This shows that ada ramai orang sakit, sekarang," balas aku yang secara otomatis tetiba sedikit cakap orang putih.

"Ya la..." Benggali tu mengangguk. "Ini semua pasal makan la. Kita punya makanan kebanyakannya junk food."

Dan lepas itu kami diam. Memang, bila disebut bahawa punca segala penyakit adalah dari makanan dan cara kita makan, maka perbualan terhenti dan tidak dapat nak diperpanjangkan lagi kerana fakta itu telah menjadi noktah.

Di bilik 105, abah ditanya oleh Dr Lau;

"Macam mana makan dan minum awak? Ada ok?"

"Ok... Cuma dia selalu mau berak dan kencing. Tengok kaki dia bengkak sebab banyak jalan." aku menjawap bagi pihak abah. Kalau abah yang jawap silap haribulan lain soalan lain pula jawapan dan meleret-leret pula.

"Jangan kasi dia minum banyak...aaaa..."

"Bukan ka more drink is better for health?"

"Yes but not for him because his kidney is fail. Kalau minum air banyak dan kidney dia tak boleh proses dengan sempurna mengakibatkan air banyak bertakung dalam badan dia. Dan ini boleh buat badan dan kakinya bengkak air."

Mulut aku serta merta jadi bulat menandakan aku baru faham. Minum air banyak baik untuk semua orang yang sihat tetapi tidak untuk orang seperti abah. 

Dan mungkin juga seperti mak aku di kampung...

9 ulasan:

shaliza berkata...

Betul..makanan kita sekarang. Kalu pun makan buah dan sayur kebanyakkannya pulak dah diracun...tak banyak pilihan kita ni melainkan kembali kepada asal macam tok nenek kita dulu...sayur & buah tanam sendiri tanpa pakai baja kimia...lauk bela ayam, ikan sendiri:-) Tapi tulah...bila masa pulak nak buat semua tu? hiks

aTieYusof Family berkata...

Salam Ramadhan abg IM...
betul lah tu sebab makanan skrg ni mcm2..dgn pewarna tiruan nya, bhn kimia..mcm2 .. lepas tu ramai plak jenis main makan jer.. effect nya dtg kemudian..
ohh sy pun baru tau, tak boleh minum byk air klu kidney fail.. moga berunsur sihat bapa mertua abg..

Murniwati Awang berkata...

perasan tak ramai patient kat LWEH dari Indonesia..70%

Kakzakie berkata...

Betullah IM dulu cikgu kakak macam abah IM inilah. Tak boleh minum banyak sebab kidney dia tak aktif memproses itu yg boleh membuat kaki jadi bengkak.

Kesian bila dah berusia kena penyakit begini. Moga diberi kekuatan & kesabaran pd yg sakit juga yg menjaganya.

Nor Azimah berkata...

Sakit tu peringatan dan satu perjalanan utk ke sana...beruntung diberi pringatan..

Obat Herbal Herpes berkata...

perbanyak minum bikin sehat :)

iryanty ahamad berkata...

yan baru tahu ...ingatkan minum air banyak memang perlu bagi manusia yang sihat dan sakit...rupanya yang sihat memang perlu...

Ibu n Abah berkata...

Akak dah masuk kategori tak
Boleh minum banyak. Nanti muka dan kaki akan bengkak.
Puncanya mmg pasal tak kawal makan....
Buahpinggang rosak.

ANIM berkata...

baru tau bila baca entry ni..
takutkan bila penyakit berpunca dari makanan...
saya sendiri tang makan selalu lupa diri, lupa usia, lupa kapasiti perut
mudah2an pak mertua IM bertambah sihat