Halaman

Khamis, 13 September 2018

Tanak Nasi

Salam,

Lama tidak renovate struktur blog aku ini. Aku sebenarnya lebih suka templet jenis lama dulu semasa mula-mula aku kenal blog sekitar 2008. Sayangnya, templet itu sudah ditiadakan dalam design blogspot ini.

Boleh dikatakan sejak aku kecil dulu hinggalah membawa ke usia tua ini ( ditambah pula dengan kondisi ibu_suri yang sudah tidak boleh ke dapur lagi ), akulah yang banyak mengemas rumah. Kalau aku malas mengemas ( seperti mutakhir ini ) akan semak, berdebu dan bersawanglah.

Aku tak pandai memasak. Skill memasak aku semasa kecil dulu diajar mak sudah makin pupus. Tinggal skill menanak nasi dan menggoreng telur dadar.... :-)

Di sini, aku nak tulis sedikit cara aku membasuh nasi sebelum menanak. Hah, nasib baik Along belikan periuk baru setelah periuk lama berlubang-lubang ditokak tikus.


Dapur gas aku yang seusia rumah aku ini ( aku beli dari lebihan duit kwsp yang dikeluarkan untuk membayar cengkeram beli rumah ) pun dah semakin malap api pada penununya. Akhmal kata dah tersumbat. Malas aku nak belek. Biarlah... walaupun bila nak menggorengakan telur dadar memakan masa untuk masak.

Aku suka memakan nasi yang agak kembang sikit berbanding yang selalu aku beli dikedai makan. Sebab itu bila aku masak, aku akan bubuh air lebih sedikit dari sukatan ruas jari ( seperti yang mak aku ajar dulu ).

1. Masukkan beras ke dalam periuk
2. Basuh nasi sebanyak 3 kali
3. Cara membasuh ialah dengan memusing tangan ke arah lawan jam
4. Bubuh air satu ruas jari lebih dari permukaan beras sebelum diletak ke dalam periuk.
5. Kalau ada daun pandan, letakkan satu dua helai ke dalam periuk.
6. Tanaklah sehingga masak.

Itulah cara yang selalu aku gunakan. Tak sangka rupanya cara aku ini sama seperri yang aku terbaca di dalam internet kat sini:


Muga bemanafaat buat kalian...

Haha... Apa mimpinya entri aku hari ini lain dari selalu. Isyyy....

5 ulasan:

umi alya berkata...

Masak nasi masuk daun pandan, pasti wangi nasi..

Nak cubalah

Kakcik Nur berkata...

Baru boleh baca blog IM nelalui telefon. Buka di komputer tak keluqr pula

Normala Saad berkata...

Mmmm... Suami saya suka makan nasi lembek saya pula suka makan nasi yg sedang2 dan masih nampak bentuk bijinya.

insan marhaen berkata...

Umi_alya,
Daun pandan ni punyai khasiat tertentu. Kena cari dalam google. Lupa pulak.



Kakcik,
Saya pun tak boleh buka blog sendiri. Saya buka melalui blog kak cik

Normala Saad,
Kami ni satu citarasa... :-)

Jaja Zaleha berkata...

Masak nasi dengan daun pandan ni serius best, wangi je. Lepas tu lambat basi sket tau :)