Halaman

Sabtu, 14 Julai 2018

Senyum Pagi Dia...

'Abanggg...' terdengar suara ibu_suri dari dalam bilik.

Aku yang baru saja meletakkan punggung ke lantai depan tv, bertongkat tangan untuk bangun. Hari ini entah kenapa rasa malas dan kurang semangat itu menyelimut ketat jiwaku.

'Kenapa?' soalku sebaik saja menghembus nafas dalam lalu menyelak langsir pintu.

'Buatkan kopi...boleh?' sambil memandang ke wajahku menguntum senyum.

Hatiku sedikit lega. Lega bila melihat manis senyumannya memberi isyarat bahawa emosi ibu_suri baik pada pagi ini.

'Nak minum apa? Milo...'

Cebik bibir.

'L.A coffee, ok... Dengan biskut?'

Senyum lagi sambil mengangkat kedua ibu jari tangan kanan dan kirinya.

Awal pagi ini 2 kali ibu_suri terkencing di katil. Kerja separuh besar kepada aku yang terpaksa membersihkan dia dan lapik katilnya.

Mujur juga aku membatalkan hasrat hati hendak balik kampung jenguk mak.


Aku buatkan yang terbaik bancuhan kopi dan hidangkan untuk ibu_suri ke atas katil.

Dalam masa yang sama wajah mak bermain di serebrum...

3 ulasan:

umi alya berkata...

Itu dia ibusuri.. sweet.. 😄😀

Warisan Petani berkata...

hanya Allah yang akan membalas kebaikan tuan.
Anggaplah ini ujian daripada-Nya

Normala Saad berkata...

Pasang surut kehidupan. Cubalah bersembang dengan dia tentang hobi yang dia suka...mungkin boleh membuatkan dia gembira. Sekadar kongsi jalan kemanisan.