Halaman

Selasa, 29 Jun 2010

Susahnya Menjadi Aku!

Kemurungan ibu_suri semakin memuncak bermula sebulan lalu sekembalinya dari menziarahi pengkebumian bapa saudaranya di Bidor.

Semalam, setelah puas memujuk akhirnya dia mahu ke Air Itam untuk melihat emak dan abahnya yang juga sudah sebulan tidak dikunjungi. Emaknya terkejut melihatkan wajah ibu suri yang monyok dan lansung tidak berseri. Duduk seperti patung di hadapan tv dengan pandangan lurus ke hadapan. Sesekali mengalirkan airmata dan bertanya soalan yang sama; bila I boleh sembuh?

Ramai orang tidak mengetahui perkembangan terkini ibu_suri. Jika mereka tahu pasti mereka juga akan terkejut. Seperti diduga harapan untuk melihat rakan-rakan atau saudara maranya datang menziarahi cuma tinggal sekadar harapan.

Saban tengahari ibu_suri pasti menalipon aku di lokasi kerja menyuruh aku balik kerana dia rasa takut tinggal bersaorangan di rumah. Hendak tinggalkan dia di rumah kakak atau adiknya dia tak mahu.

"I tak nak susahkan depa.." gitu alasannya.

Sewaktu keluar makan di Kepala Batas tadi, aku singgah di CIMB Kompleks Kailan hendak membayar pinjaman. Semasa aku tercari-cari no akaun di dalam beg belakang kereta, ibu_suri seperti merampus;

"Cepat laa..... Apa yang dok cari tu..."

Dan entah kenapa aku tiba-tiba...gedeganggg...pintu jadi mangsa melepas geram. Aku masuk ke dalam kereta dan terus menekan gear undur..

"Kenapa u ni?" soalan yang menambah sakit. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku tadi lagaknya.

Aku cuba cool down kerana aku tahu aku sedang berhadapan dengan insan yang separa normal. Yang kalau tidak dijaga sebaiknya akan menyusahkan bukan orang lain...... akuuuu jugaaa....

Siapa lagi yang ada dan akan menjaganya kalau tidak aku. Dan tegakah aku untuk tidak menjaganya? Ibarat daging walaupun udah lama, dicicah dimakan jua.

Inilah susahnya menjadi orang seperti aku. Terlalu tidak sampai hati untuk menidakkan orang lain. Ahhhhh......

19 ulasan:

kakcik berkata...

Salam IM..

sebagai manusia biasa, kita tetap punya hati dan perasaan. sesabar manapun, sesekali perasaan itu perlu dilepaskan. Cuma, pandai-pandailah kita mengawalnya agar tidak mendatangkan kemudaratan.

Ariff Budiman berkata...

Disnilah juga Allah bukan menguji ibu suri tetapi Allah juga sedang menguji insan marhein. Tabah..tabah dan jangan lupa berdoa walaupun memakan masa yang panjang. Ya Allah kembali keceriaan kepada keluarga sahabatku ini. Banyak kerja dakwah yang dilakukannya ketika dahulu. Berilah sdikit kegembiraan

Luth Textile berkata...

bersabarlah.. itu yang terbaik

iqbalsyarie berkata...

InsyaAllah...janji Allah,slps kesusaha ada kemudahan~

ahmad humairi berkata...

salam

kemarahan anda dikesan bila pintu kereta berdegam...tapi mereka tetap tidak ambil kisah, malah tetap menyalahkan..

..."subhanallah, walhamdulillah, walailaha illallah wallahuakbar..."

hentian berkata...

terima kasih atas nasihat. serba sedikit dapat menghiburkan hati ini jua...

iBu...gUru berkata...

Salam IM

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah Kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahgia kekasih
Saja yang di harapi

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu di uji

bersabar lah.......... kerana hanya orang2 yg beriman saja yang dapat memilikinya...... Kagum dengan bapa mertua dapt menjaga ibu mertua hingga ke akhir hayatnya

ibuintan berkata...

salam Im..
kita hanya manusia, sabar ada batasnya.. saya dapat rasakan itu, betapa sukar dan susahnya menjaga hati dan perasaan orang yang kita kasihi yang sedang sakit dan uzur...
saya pun pernah mengalaminya ketika menjaga aruah mak...memang betul ditelan mati mak diluah mati bapak..
kita yg terlebih sakit kekadang, sakit didalam... hanya Allah yg mengetahuinya

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Kak G hanya mampu tolong berdoa semoga IM terus tabah.
Pegang kepada kata ilmuan: bila diuji itu bererti Allah SWT masih sayang ... sebahagiannya utk bantu mengugurkan dosa, sebahagian pula memberi peluang utk dipertingkatkan iman.

hentian berkata...

memang, sabar itu ada dan menjadi teman hati ini sepanjang masa.

cuma hati ini pun hati seorang insan, kekadang melatah jua.

hrusli61 berkata...

Rebah satu dua rebah
Rebahnya kayu timpa-menimpa
Tenangkan hati si hamba Allah
Seperti hati ya Rasulullah.

hentian berkata...

tangkap berudu dalam parit
sambil memakan petai jawa
biar pun hati dan poket sakit
namun kugendong, ku dokong jua...

Acik Erna berkata...

Salam IM..mungkin saya baru menjengah disini..dan belum habis jelajah..dan tidak faham punca..tapi..yang saya tau..cakap sabar sabar dan tabah memang mudah..cuma diri sendiri yang melaluinya kan...kita hanya insan biasa..

JIM Seberang Perai Tengah berkata...

sabarlah IM. dunia ini luas untuk orang yang sabar dan berfikiran positif.

hentian berkata...

kak erna,

terima kasih kerana sudi ziarah. jika selalu ziarah di sini, insyaallah banyak perkara yang boleh diambil iktibar.

selalunya orang melihat apa yang berlaku dihadapan seperti menonton tv. sekadar untuk hiburan.

tetapi sebenarnya ia adalah sebuah cermin yang memberi tazkirah buat diri sendiri.

itupun jika hati yang lembut dan mahu berfikir...

ninie's corner berkata...

besar sungguh dugaan utk IM...
semoga IM tabah menghadapinya... dan sentiasa bersyukur dgn ape yg ade.....

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
Lalu jer le ye ... sentiasa zikrullah utk bertambah tabah!

relevan berkata...

Salam ..

Dama-Ulan berkata...

sabarlah dgn dugaan di dunia ini... kekadang tanpa kita sedari bahawa musibah itu adalah ujian pada tahap kesabaran kita dan kesabaran itu adalah bagi mengukur tahap keimanan kita...

tak susah nak jadi aku... dh jadi aku dh pun..hihihihi

pengAKUan dengan saper?...