Ahad, 17 Jun 2018

Diriku Yang Hilang...

Semasa aku mengelap tubuh ibu_suri, terdengar erangnya meahan kesakitan.Lebih lebih tatkala dia mengangkat kaki.

Agaknya kesan jatuh terjelupk di pintu masuk bilik mak semasa nak melangkah bendul. Aku yang sedang memimpinnya pun hampir jatuh sama dalam usaha menampan kepalanya dari terhantuk.

Bukan mudah untuk ibu_suri hendak bangun semula dari lantai ke kerusi. Harapkan kederat along dan angah sahaja.

Lewat insiden itu ibu_suri tampak kurang selesa. Walauoun aku baru sahaja tiba ke rumah mak dari Penang untuk beraya tapi lebih banyak bawa dia berkereta ke masjid ( untuk buang air ) dan beli kopi ais di kedai mamak.

Memang ibu_suri tidak merungut tapi aku dapat baca.

Tahun ini pun sebenarnya puasa dan rayaku dan seindah mana. Adik adik dan kawan kawan sibuk up aktiviti riang mereka di laman fb maupun wasap tentang raya mereka. Hakikat rauakuu terasa hambar.

Lebih kurang 5 jam sahaja aku berada di sisi mak, aku ambil keputusan untuk balik semula ke penang walaupun dapat tahu lebuhraya dah mulai macet.

Aku lansung tak beraya di rumah duyah, adikku yang setia menjaga kebajikan mak. Aku tahu tak sepatutnya aku bersikap begitu tapi aku pun rak faham  diri aku sendiri.

Rasanya, aku perlu mencari diriku semula...

3 ulasan:

Umialya berkata...

Faham keadaan im, dilema & stress bercampur baur.

Moga ibu dan adik faham situasi IM kini, sabar ya

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan
Salam aidilfitri

Omong Mak Long..... berkata...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Doa Mak Long muga dipermudahkan segala urusan. Kesabaran itu separuh dari iman tetapi melakukan kesabaran itu pada diri amatlah sukarnye. Mak Long beraya tiga beranak pun beraya di rantau jauh dari keluarga.