Isnin, 3 Disember 2018

Rindu Bahagia



Nak update sedikit blogku ini sepanjang beberapa minit lagi nak habis waktu kerja. 

Nampaknya tahun ini entri blog aku tidak sebanyak tahun-tahun sebelum ini. Menjelang 2019 yang akan tiba tidak lama lagi, banyak peristiwa dalam kehidupan sepanjang 2018 yang tidak banyak aku rakam. Terasa rugi kerana suka duka yang telah aku lalui itu tidak dapat aku lihat semula dan mungkin aku akan terlupakannya.

Aku sayang kepada blog aku ini sebenarnya. Aku merasakan ianya seperti milik mutlakku secara percuma dan selamanya. Aku tidak mampu menulis buku walaupun itu cita-citaku sejak dari bangku sekolah. Kekuatan minda aku tidak mampu untuk mengarang walaupun sekadar sebuah cerpen.

Aku pula tidak reti menulis bahan ilmiah. Tidak betah menulis cerita dari alam imiginasi. Aku cuma reti menulis dari realiti pengalaman hidup. Sayangnya, dari remaja lagi hidup aku ini banyak pahit dari manisnya. Atau mungkin aku ini terlalu perasa hinggakan yang remeh temeh pun aku rasa besar dan boleh mengganggu jiwa.

Jiwa sentimental!

Apapun, bila sesekali difikirkan, aku boleh dikira berjaya juga mengharungi kesemua susah senang hidupku selama 58 tahun usia ini. Ada orang lain yang kecundang. Yang bunuh diri juga ada ( sahabat sekerja ) semata-mata kerana tidak sanggup menghadapi kekecewaan. Yang sewel pun ada.

Muga Allah berikan aku kekuatan dalam menghabiskan sisa-sisa hidup yang masih ada. Aku rindu pada ketenangan dan kebahagiaan hidup di satu hari nanti...

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga kita sentiasa kuat mengahadapi ujian yang didatangkan kepada kita walaupun sering juga bisikan-bisikan jahat menghantui...

Kamsiah Yusoff berkata...

Tiap org pasti diuji
Terpulang pada kita utk menganggap ujian itu sbg hikmah atau sebaliknya

Etuza Etuza berkata...

Asalam..sedih membacanya kali ini. Tak apam IM..hidup kena teruskan biarpun ada impian yang tak kesampaian.Bersyukur lah nikmat yang ada sekarang ini. Mohon lah Allah pasti berikan kebahagiaan. Sabar itu iman ya

umi alya berkata...

Apa2pun saya salute IM, seorang suami dan bapa yang baik.. πŸ€—

Ubtung ibu_suri..

umi alya berkata...

Error typing..

Untung..

BungaTulip berkata...

Lama tidak berkunjung ke blog IM, semoga terus dipermudahkan segala urusan.