Halaman

Selasa, 27 Mac 2018

Bila Hujung Bulan...


Tengahari ini aku makan ini sahaja. Murah sikit. RM1.40 dengan air kosong sambil dengar cd lagu kegemaranku - Sohaimi Mior Hassan.

Bulan-bulan mutakhir ini memang terasa gaji sebulan yang tak seberapa ini tidak cukup untuk menampung sara hidup aku, ibu_suri dan Akhmal yang dah hampir sebulan balik ke rumah.

Aku tak tahu apa akan jadi... esok. Pasrah pada Tuhan.

Dah 2 bulan aku tak balik jenguk mak gara-gara tak cukup bajet seperti ini.

Kalau pun anak-anak tahu, bukan mereka yang merasai. Mereka pun dah bantak menolong aku bila aku mengadu. Tak mahulah menyusahkan mereka selalu.

Aku percaya rezeki ada di mana-mana...

Tuba-tiba aku teringat mak dan abah menyara aku dan adik-adik semasa kami kecil dulu...

3 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Mak bapa senang, anak-anak akan senang (kebiasaannya). Tapi bila anak-anak senang, mak bapa belum tentu boleh tumpang senang...

Warisan Petani berkata...

Alhamdulillah
Masih ada rezeki untuk mengalas perut.

saniah ibrahim berkata...

Insyaallah adalh rezeki tu IM.Saya melihat pd suami saya yg pendapatan tak seberapa dan bekerja sorang menyara keluarga Alhamdulillah Allah sentiasa cukupkan keperluan terutama utk ank2 belajar.