Isnin, 15 Julai 2013

Janji Jujur Sepi




Selalunya aku jarang menonton tv selain berita. Tapi bila tertonton suatu cerita yang menarik, aku akan tunggu hingga tamat.

Tadi semasa berbuka dengan ibu_suri, tv9 menyiarkan drama Jujur Janji Sepi. Plot drama itu memang memikat hati aku. Jarang ada drama yang jalan ceritanya begitu kreatif. 

Punyalah ralit hingga ibu_suri ajak solat terawih bersama aku menjawab... 

" Buat dululah. Nanti abang sembahyang lain.."

Terkinja-kinjalah setan kat atas kepala aku agaknya meraikan kemenangannya. Dan semakin dimenarikkannyalah cerita itu hingga pegun aku di depan tv tidak bergenjak.

Aku sempat menghadamkan kata-kata yang diujar oleh mak Vee;

"Dalam hidup ini kita kena hargai apa yang ada di hadapan kita."

Sayangnya, watak Vee tergantung membuatkan aku terfikir-fikir akan nasib watak itu. Kalau ada abah aku, mesti dia kata;

" Apa punya cerita ni. Tak tahu apa kesudahan. "

Maklumlah, cerita-cerita zaman abah aku banyak dipengaruhi filem Hindustan yang selalunya happy ending!

4 ulasan:

JR berkata...

Tak apalah, cuma minat drama Melayu. Isteri JR pula sangat minat drama Korea. Bila JR menyindirnya dia berkata: "Abang tengoklah barang 3 episod cerita Korea, lepas itu mesti ketagih terus, dah tak pandang cerita Melayu lagi.." Itu yg menyebabkan JR tak mau tengok cerita Korea, nanti kalau dah ketagih payah....

ANIM berkata...

IM, tu bukan setan tu..itu nafsu, heee...lawak entry kali ni


Kamsiah yusoff berkata...

anak2 perempuan saya kata Beto hensem...dan depa tak miss tercanggak depan tv kalau mamat ni berlakon...hensem..??haha..saya kata kalau hensem mcm angkasawan kita tu..

insan marhaen berkata...

Jay Ar,
Cerita Korea yang IM pernah tonton dan kagum dengan plot penceritaannya ialah Winter Sonata. Habis 22 CD itu IM tonton semasa menderita sakit campak. Memang khayal habis...

Anim,
Betul ke? .. he..he..

Kamsiah,
IM pun kalau jadi artis popular macam Beto, depa pun akan kata hensem...