Halaman

Sabtu, 11 Oktober 2014

Makan


Sepanjang hari memerap di rumah saja. Ponteng riadah. Jiwa agak malap semalap cuaca di luar. Akhmal mengadu sakit gigi sejak semalam. Ajak pergi ke klinik dia tak mahu. Aku tahu.. dia takut jarum. Sejak zaman bersunat lagi..

Tapi tengahari ini tetap kena masak. Berkali-kali ibu_suri asyik bersungut... jom keluar makan. Ah... mereka semua bukannya tahu perasaan aku hari ini agak negatif. Kejemuan mengguliti rutin hidup yang sama sejak bertahun seperti tak tertanggungkan..

Bukan mudah menjaga emosi mereka. Bukan mudah menjaga kehendak mereka berdua yang berbeza sesama mereka dan sesama aku juga. Akhirnya, aku terpaksa mengorbankan perasaanku sendiri demi mereka.

Aku buka peti ais. Keluarkan taugeh, ikan masin dan beberapa telor. Masak yang ini sajalah, bisik hatiku. Kekadang masak cincai lagi sedap dari beli di kedai dengan harga belasan ringgit.

Ikan gelama masin memang kegemaran aku dan ibu_suri. Aku buang dulu najisnya dan basuh lama untuk kurangkan masin. Sesekali aku terfikir, ada sesetengah orang yang menggoreng ikan masin tanpa membuang najis lebih dulu. Nak jaga bentuk ikan atau malas nak memprosesnya?

Usai makan nanti aku nak vakum dan mop seluruh lantai rumah. Kemudian tukar sarung kusyen raya kepada sarung lama. Lepas basuh, simpan hingga raya tahun depan pula..ngeee....

9 ulasan:

Jari Manis berkata...

IM..terima kasih sudi datang ke blog JM..so Salam singgah dari JM ye :-)

Basanya masak makan di rumah lagi puas hati dari mkn di luar kekadang dorang letak byk sgt bahan perisa kan

Jari Manis berkata...

Done follow sini #41

Etuza Etuza berkata...

Asalamualaikum..ini bapa penyayang ni..alhamdulillah ada lah bahan nak di makan rezeki tu IM..tak apa..
Wah jimat untuk sarung tahun depan..orang mana ingat apa colour sarung kyusen kan..hehehe..bodek berhikmah ni dari Etuza. kan bagus berjimat..

Etuza Etuza berkata...

Etuza lapor diri..nak buat Blogwalking ni..nak pantas..lepas tu nak tidur lena ..hehehe..

Kakcik Nur berkata...

Banyak kali - bukan sekali atau dua kali, terpaksa ketepikan perasaan sendiri untuk melebihkan perasaan 'mereka yang kononnya dikasihi'...

tapi adakah mereka peduli?

Allah juga Yang Maha Mengetahui.

Kakcik Nur berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
JR berkata...

Mengorbankan peraaan sendiri demi perasaan mereka yg tersayang? Dalam bab ini kita serupa. Atau agaknya bukan kita bedua saja tapi semua suami berkongsi rasa yg sama demi mereka yg tersayang??

Bearcat berkata...

Masak yang ringkas2 tu yang sedap...
Tapi oklah...kat taman tu kan senang nak beli bahan basah. Setiap masa ada jual kan?

faizah berkata...

Wah.. kuat tu kalau boleh vakum dan mop seluruh rumah sekali jalan...