Halaman

Ahad, 12 Oktober 2014

Jaga Malam


Entah kenapa, mutakhir ini aku lebih suka berjaga malam. Rasa tenteram dan tenang. Boleh buat apa yang aku suka tanpa gangguan. Lagi selesa bila dengar dengkur ibu_suri yang teratur...

Apa yang aku suka tu bukanlah apa sangat. Sekadar buka laptop atau buka tv atau dengar lagu-lagu dari cd. Kekadang aku keluar ke kedai tepi masjid Kubang Semang yang buka 24 jam. Minum sambil baca Harakah.

Masa inilah aku akan dapat lihat anak-anak muda menderum deram dengan kapcai mereka tak peduli lampu merah malah ada antaranya yang menunggang melawan arus jalan dan mengangkat motor ala grand prix. Semak dada dibuatnya bila teringatkan Akhmal yang mungkin juga begitu.

Hmm... dah kedengaran tahrim di masjid. Aku nak mandi dulu untuk berjamaah di masjid. Tak tahu la.... pagi nanti boleh pergi beriadah atau ponteng lagi!

6 ulasan:

mokjadeandell berkata...

seriau darah tengok budak budak buat wheelie atas motor kat Plus.Tak sayang nyawa sunggoh.

Nor Azimah berkata...

Boleh tambah tahajud..he he

Jari Manis berkata...

jam berapa IM dah bangun ni

sud@is berkata...

Berjaga malam, kalau sllu sgt tak elok juga untuk kesihatan ...kena bagi juga hak mata..

JR berkata...

Berjaga malam untuk tahajud memang sangat disyorkan dalam Islam. Berjaga malam untuk mencari rezeki juga dikira ibadah. Tapi berjaga malam untuk merempit cuma mengundang dosa...

Bunda a.k.a KN berkata...

Bunda pula bukan berjaga malam...tapi selalu Terjaga waktu malam...lepas tu susah nak lelap balek...