Halaman

Selasa, 9 Disember 2014

Sentuhan... catatan 2


Hari ini masuk hari ke 3. Akhmal masih di wad 7 namun kerap bertukar bilik. Dia agak murung. Kurang makan dan minum.

Ni, baru balik dari melihat dialah. Badannya sikit panas. Kawasan operation membengkak.  Aku ajukan kepada misi yang datang untuk mengambil tekanan darah - 113/76.  


Tak segan misi itu menyelak kain berwarna hijau tua dan membelek. 

"Bagaimana kalau suruh dia memakai seluar dalam?" Cadangan itu buatkan aku senyum simpul. Anak-anak sekarang mana kenal seluar dalam.. ha..ha..

Kemudian mengambil infrared ear thermometer lalu menyelak cuping telinga.

"Ya.. dia demam."

Aku tahu, walaupun aku selalu dipersalahkan atas kisah silam dia namun saat-saat seperti ini dia mahu aku berada di sisinya selalu  walaupun aku percaya dia juga tahu aku terpaksa di masa yang sama menjaga ibu_suri. Dia dan ibu_suri pada aku karektor hampir sama... kekadang seperti orang terlebih dewasa tapi adakalanya seperti anak kecil.

Bagi aku, ini adalah kesempatan terbaik untuk tunjukkan kasih sayang aku kepada dia sebagai seorang bapa walaupun bukan yang sedarah sedaging. 

Aku ambil tuala basah dan lap ke seluruh tubuhnya. Sambil berdoa muga sentuhan dan kepedulian aku akan dapat menjadi penawar kepada sikap-sikap negatifnya selama ini. Muga sentuhan dan kepedulian ini akan menguatkan ikatan kemesraan antara kami yang selama ini agak hambar.

Aku sekarang ini ibarat menatang Akhmal di tangan kiri dan ibu_suri pula di tangan kanan.

8 ulasan:

JR berkata...

Maafkan saya...saya kurang paham dengan ayat ini:

"Bagi aku, ini adalah kesempatan terbaik untuk tunjukkan kasih sayang aku kepada dia sebagai seorang bapa walaupun BUKAN YANG SEDARAH SEDAGING."

Selama ini saya menyangka Akhmal sedarah sedaging..

Kakcik Nur berkata...

Semoga kesihatan Akhmal pulih sepenuhnya dan dia akan dapat merasakan betapa kasih IM kepadanya tidak berbelah bahagi walaupun dia cuma anak angkat IM...

❤Kamsiah❤ berkata...

ya..betul IM..kasih sayang serta perhatian adalah ubat paling mujarab..semoga Akhmal cepat sembuh..

Nor Azimah berkata...

untung Akhmal walaupun cuma anak angkat, tetap menjadi seorang anak kesayangan IM, terharu saya kerana IM masih mampu bersabar dengan sikap Akhmal sebelum ni.

Bearcat berkata...

Semoga Akhmal cepat sembuh.

mama maman aka yana berkata...

sabar la wahai IM.. dugaan hidup didunia.. agar tenang di akhirat.. :)

iryanty ahamad berkata...

semoga cepat sembuh yer akhmal...belajar menghormati insan yang banyak berkorban demi menjadi kan akhmal insan yang ada masa depan..

Ibu n Abah berkata...

IM
Saya juga seorg anak yg dibela oleh ibu sedara sejak kecil. Saya rasai dan hargai lebih kasih sayang yg diberikan berbanding ibu kandung. Janganlah merasa hubungan sedarah sedaging menjadi ukuran dlm kasih sayang. Saya punya saudara angkat yg lebih mengambil berat pasal saya berbanding saudara sedarah sedaging yg dgn mudahnya mengaku putus sedara bilamana depa tak dapat membayar hutang depa pada saya. Dgn keluarga angkat yg lansung tak sedarah kami makin dan lebih akrab apatahlagi masing2 dah meningkat usia tua.
Kasih sayang tidak terhad pada yg sedarah sedaging.