Halaman

Jumaat, 21 Disember 2012

Syyyyy......


JOM...!

Kekadang bila difikir, meminjam wang dengan bank lebih baik berbanding meminjam dari kawan maupun adik beradik. Alasannya ialah bila sampai masa yang kita janjikan untuk membayar tetapi tidak upaya; bank cuma menghantar peringatan. Kita masih boleh berbincang untuk membuat perjanjian baru. 

Tetpi tidak jika dengan kawan atau adik beradik. Mungkin mereka tidak boleh berbuat apa jika kita masih belum mampu membayarnya Tetapi mau tidak mau pasti ada hati yang terguris. Pasti ada hubungan atau kepercayaan yang renggang. 

Ah, usahkan pada orang luar. Dengan anak sendiri pun bukan mustahil akan terbit rasa kurang senang sesama sendiri. Usah nafikanlah... 

Justeru itu aku menyimpan tekad untuk selesaikan sedaya upaya boleh. Itulah azam aku untuk tahun depan. Dan KPInya ialah 0 (zero) hutang manusia sesama manusia. Biarlah hutang aku dengan bank aje. Itu antara aku dengan Allah saja yang tahu. 

Esok aku akan berkonvoi bersama rakan IKRAM ke Padang Kota Lama. Kemudian akan terus balik kampung bersama ibu_suri. Sudah siap tempah hotel bajet di Ipoh. Heran kan? Tapi itulah kenyataan. Kenyataan yang sebelum ini aku sendiri pun tak pernah terfikir!

Kalaulah mak aku tahu, tentu dia kecil hati. Syyyy......diam....diam...ya!


4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

pinjam meminjam dgn adik beradik mmg payah...kdg2 tu nak mintak balik,rasa segan pulak walau kita perlukan duit..

Kakcik Nur berkata...

InsyaAllah, 28 -31/12 ini kakcik akan berada di 'kawasan' IM. Kalau IM ada masa, kakcik teringin nak jumpa dengan IM dan Ibu Suri. Kakcik dan keluarga akan menginap di Sunway Seberang Jaya.


Hutang??? Memang ia boleh memutuskan persaudaraan dan persahabatan!

Jay Ar berkata...

Betul tu...eloknya kita ikut nasihat penulis terkenal British, Shakspeare: "Jangan berhutang dan jangan beri hutang!"

(Ehem...tapi JR pun masih ada hutang kereta yg belum selesai!!)

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Baru-baru ini rakan sekerja pernah membincangkan @ beretelagah balik kampung tetapi sewa hotel.

Rumusannya: Setiap orang ada alasan masing-masing. Kita tidak boleh 'umumkan' @ generalise' diri kita sama dengan orang lain.