Halaman

Ahad, 2 Disember 2012

Kampung Poh


"Abang ambil gambar apa tu?" Tanya ibu_suri.

"Papantanda UMNO!" Jawapku.

Huu... Uuuuhhh.... Getus ibu_suri. Tajam muncungnya.

Bukan orang lain juga, destinasi kenduri kahwin yang aku nak pergi ini. Allahyarham bapa saudara ibu_suri yang dulunya kerja sebagai mandor di Ladang Teh Boh, Cameron Hihgland. Kalau kami nak pergi ke Cameron, kami akan tidur di rumahnya yang berwarna hijau terletak di tepi lereng bukit yang dikelilingi pokok teh. Damai kan?

Di rumah kenduri, orang sudah ramai. Kenduri kat Perak ni kalau datang lewat dari pukul 3 petang, alamat jumpa pengantin dah pakai kain pelikat la. Tak macam di Penang, pukul 4 masih boleh makan nasi minyak lagi.

Nasi minyaknya memang sedap. Ada gulai daging + kentang dan paling aku suka - gulai lemak pisang muda. Terangkat!

DJ pula tak henti-henti mainkan lagu diselangseli dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu. Tentu saja nama-nama besar yang disebut. 

"Di maklumkan kedatangan Ketua Puteri kita..." Dan aku tersenyum faham.

"Dipersilakan Bendahari Bahagian kita." Boleh tahan juga tetamu majlis bapa saudara ibu_suri ni.

Tatkala mak Cik Zah, isteri kepada bapa saudara ibu_suri bertanya pasal abah mertua yang masih belum sampai, kami cuma berkata - tak tahu. 

Aku segera menalipon Yati, adik iparku.

"Ada di mana?"

"Masih di Kampung Batu 3. Abah baru nak bersiap!"

Aku merenung jam yang sudah pun ke pukul 2.30 petang. Pakailah orang tua aku ni... lambat sampai. Adik beradiknya tak henti bertanya. Maklumlah, kenduri macam nilah baru ada kesempatan berjumpa dengan keluarga jauh  
dekat!

8 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

seronok berkumpul adik beradik,sedara mara masa kenduri mcm tu...tp anak2 saya ni IM...pas mkn ja ajak balik...boring duduk lama2,dengar org2 tua menyembang...bila kita buat2 tak dgr...mula tarik muncung...

a.samad jaafar berkata...

Kenduri kawin merangkap perjumpaan umno kawasan barangkali..huhuhu

ujang kutik berkata...

Kedatangan AJK parti yg satu lagi dimaklumkankah? Sdr tidak perlu jawab.

insan marhaen berkata...

kamsiah,
Anak-anak IM masa mereka kecil dulu memang tak ada masalah bila bawa berjalan ke kenduri.

Sekarang ni mereka dah tak mahu ikut.

Teringat IM semalam, bila IM dan ibu_suri dah tak ada nanti, rasanya hubungan kekeluargaan ini akan putus sebab anak-anak IM tak mesra dengan keluarga ini.

a samd jaafar,
Tak mengapalah. Itu hak mereka seperti juga hak kita.

Yang penting, ianya baik untuk masyarakat dan keluarga.

ujang kutik,

:-)....!

TUN TIJAH berkata...

Kalau terus ke CH pun, bagus juga. Perjalanan melalui Simpang Pulai sangat selesa.
Saya dan hubby pun setiap minggu balik Ipoh bagi memenuhi undangan perkahwinan family dan juga jiran terdekat. Lusa kami balik Ipoh lagi. Nyaman bila berada di rumah sendiri.

Jay Ar berkata...

Dah lama tak makan gulai lemak pisang muda! Tapi hari tu JR pi kenduri kat Baling ada lauk yg dah berpuluh tahun tak jumpa: kerabu udang bendang dan gulai lemak batang pisang..bila ada yg tu, ayam dan daging dah tak jeling lagi...

Anonymous one berkata...

bestnya makan kenduri

insan marhaen berkata...

TT,
Cuma anak saudara ibu_suri saja yang terus ke CH. Mereka dapat apartment Robert Bosh untuk bermalam.

IM balik selepas solat Maghrib. Sepanjang jalan bertaliarus dengan hujan.

JR,
Kat Kepala Batas khabarnya ada kedai ikan bakar. Situ juga ada gulai batang pisang kaw..kaw..

AO,
Memang naasi kenduri kali ini menyelerakan IM. Hinggakan ibu-suri makan 2 pinggan.