Halaman

Sabtu, 15 Disember 2012

Di Pasar Malam Guar Perahu

Pertama kali menyidai mafla di bahu

Akhirnya aku berpeluang turun sama ke gelanggang. Walaupun bukan ke GAZA sebaliknya sekadar berdiri di tepi jalan sambil menggapai simpati pengunjung pasar malam Guar Perahu agar sudi menghulurkan sumbangan, bukan satu kerja yang biasa bagi aku yang agak pemalu ini. Aku lebih suka pada kerja-kerja  di belakang tirai.

Aku selambakan muka kerana tahu akan ada diantara pelalu-lalang itu yang mungkin jiranku atau kawan-kawanku. Kering tekakku mengeloi pakcik. makcik, adik, kakak dan abang agar singgah. 

Ini hanya kerjabuat ku yang ciput sebagai tanda prihatinku pada nasib rakyat Palestin. Rakan-rakan lainku sebenarnya sudah berbuat lebih jauh dan hebat dari aku. Ada yang sudah menjejakkan kaki ke GAZA dan membantu pembinaan kilang roti dan penternakan di sana atas nama AQSA SYARIF.

Dalam bab-bab macam ni, ibu_suri memberikan lampu hijau. Cumanya, aku kena pandai memujuk beliau. Ganjarannya, malam nanti aku perlu bawa dia jalan-jalan sambil bercerita...

10 ulasan:

Bearcat berkata...

Tahniah IM di atas usaha murni. Banyak tak kutipan yang dapat?

Jay Ar berkata...

Sekecil mana pun bantuan kita kpd Gaza memang besar ganjarannya di sisi Allah. Cuma yg sedihnya ialah bila baca bantuan kewangan kpd Gaza dirampas oleh Israel Laknatullah kerana sistem kewangan Palestin masih di bawah kongkongan Israel..

Nota: Dah lama tak ke Pasar Malam Guar Perahu. Masa mak dan ayah masih hidup jika tidur di Tasek Gelugor memang JR sesekali ke pasar malam Guar Perahu...

ANIM berkata...

Kecil di mata IM atau manusia, belum tentu kecil disisi Allah. Saya selalu mengingatkan diri saya..walaupun solat dalam satu saf, saya dan orang disebelah pasti berbeza di sisi Allah, ibarat langit dengan bumi.

P/s saya pun teringin nak join

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

salam IM, wah tak sangka kita awak ni pemuda pemalu rupanya ya, hehehe.

teruskan usaha murni, yang penting Lillahitaala,. segalanya kerana Allah, tahniah IM telah membuktikan, dalam "kesusahan" jiwa dsb nya kita bukannya susah sangat nak menolong dalam bentuk dan cara yang kita mampu.

insan marhaen berkata...

Bearcat,
ALhamdulillah. dapat RM300+. Kira berbaloi juga.

Jay Ar,
Kata kawan IM yang berniaga di sana; pengunjung pasar malam sekarang ni dah berkurangan.

Ditambah pula dengan hujan waktu Maghrib sebelum itu memang terasa lengang.

ANIM,
Kalau nak join malam ini di pasar malam Taman Pelangi, mini Uptown Perda dan pasar malam Kg Surau.

22hb nanti konvoi motosikal dari Seberang Perai hingga ke Padang Kota Lama.

Azni,
Pembetulan...

Bukan pemuda tapi golongan Retro...

Murni Alfathunnisa berkata...

tahniah IM..malu semua dah ditolak ke tepi.

keep up the good work.

Anonymous one berkata...

taniah IM. tentu ibu suri gembira malam ni

❤Kamsiah❤ berkata...

ohh...ada ganjaran utk ibu suri ya..selepas dia bg keizinan utk IM keluar...

insan marhaen berkata...

Murni,
Bukan mudah menolak malu ke tepi. Tapi berbaloi bila menikmati hasil kutipan yang memberansangkan.

AO,
Kegembiraan ibu_suri adalah kegembiraan IM juga.

Kamsiah,
Itulah politik rumahtangga namanya...he..he..


HafRizah@Dátiles.Dulces berkata...

tahniah.....semoga Allah memberkati IM dan ibu suri atas niat murni ini... :)