Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

Pasar Malam Kampung Surau

Gambar guna kamera talipon murahku

Selepas pasar malam Sabtu di Guar Perahu, aku dan rakan-rakan membuka meja di pasar malam Kampung Surau, Seberang Jaya, semalam. Mulanya aku kesaorangan. Terasa amat segan dan sesekali timbul gusar.

Kemudian rasa seronok bila melihatkan semakin ramai yang ringan tangan menyumbang. Kebanyakannya aku kira adalah pendatang asing yang mungkin bekerja atau belajar di sini. 

Aku juga dapat melihat bermacam jenis orang. Ada lelaki yang bersubang, yang nak kata lelaki tapi tak macam lelaki, perempuan pakai tudung tapi macam tak tutup aurat....hrrrrrr.....

Kali ini aku lebih banyak berdiri saja. Anak perempuan rakanku ini yang aktif mengiklankan tabung sumbangan. Walaupun umurnya belasan tahun tapi begitu gigih. Bertuah mak dan ayahnya memiliki anak gadis seperti dia.

Kutipan malam itu sekitar RM322. Kira memberansangkan juga. Di malam yang sama kempen juga dibuat di mini uptown Perda. Di situ, sumbangannya mencecah RM1500 dalam masa 2 jam.

Kempen sumbangan ini akan berterusan hingga ke kemuncaknya di sini hujung minggu ini. 

Aku tak dapat nak hadiri kesemua aktiviti ini. Hari-hari bekerja, aku tak punya cukup masa untuk ikut serta. Kebajikan ibu_suri perlu di dahulukan. Aku buat sekadar yang termampu. 

Terfikir untuk membuat kempen soloku di tempat kerja esok. Aku percaya, ramai kawan-kawan sekerjaku juga mahu menyumbang. 

10 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

mungkin sumbangan kita kecil,tp amat besar pada mereka disana..

ANIM berkata...

Soal sumbangan ni IM, memang kena tebal muka. Walau tak berpengalaman berada di situasi IM, pengalaman minta sumbangan berkenaan sekolah dgn syarikat @orang tertentu pernah saya lalui. Niatkan semua kerana Allah Taala, hilang semua perasaan malu tu. "tak dapat buat semua, jangan tinggal semua" ...bila yang "wajib" dah didahulukan, yang "sunat" senang mengikut..

Jay Ar berkata...

Harap sumbangan kita akan sampai kpd mereka yg memerlukannya di Gaza. Sedih bila baca bantuan kewangan kpd rakyat Gaza diambil Israel utk membayar hutang mereka. Begitulah nasib sebuah negara Palestin dan Gaza di mana sistem kewangannya masih di bawah kawalan Israel...

Norhaizan hakim berkata...

semoga usaha murni IM dan teman2 akan dicontohi orang lain.

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Betul tu. Macam masa IM ditimpa musibah lantaran ibu_suri diserang stroke dulu, sumbangan dari kawan-kawan banyak melegakan IM.

Anim,
Memang susah nak lawan perasaan malu kalau tidak kerana ianya untuk agama dan Islam.

Jay Ar,
usahkan duit kita ke Gaza, duit kita kat sini pun banyak kena 'rampok'..he..he..

Norhaizan,
Paling IM harap agar dapat dicontohi oleh anak-anak IM. Tapi nampaknya belum ada riak lagi...

abu muaz berkata...

Assalamualaikum tuan,
lama saya tak jenguk ni.
alhamdulillah apa saja kerja yang dibuat untuk Islam adalah kerja jihad.

HafRizah@Dátiles.Dulces berkata...

alhamdulillah...semoga semakin ramai yg menghulurkan bantuan :)

Anonymous one berkata...

wah IM moga berjaya, tak mampu bagi sumbangan duit kita boleh bagi sumbangan tenaga.

ermm kena hati2 ada pihak ambil kesempatan.. atas hal ini. wallahualam

Jurnal Murahan berkata...

Tahniah bang, sy puji & tumpang bangga

Temuk berkata...

Tahniah di atas sumbangan masa dan tenaga yang bernilai IM itu demi kesejahteraan orang lain. Nampaknya masyarakat kita memang pemurah. Bila ada yang bersedia menjadi "tukang kutip", lebih mudahlah mereka menghulurkan bantuan.