Halaman

Selasa, 4 Disember 2012

Dari Kanan Ke Kiri


Akhirnya aku berjaya memiliki jam yang istimewa ini, jenama HIJRAH. Pautan FBnya di sini. Atas usaha ikhlas kawanku Farid R membuat pesanan pos dengan harga diskaun RM80.

Mulanya agak janggal juga bila dah dilekapkan di dinding secara senyap-senyap tanpa siapa pun mengetahui.   Ayu yang baru balik dari kerja terpinga-pinga bila hendak melihat waktu terkini. Cuba kalian teka, jam itu menunjukkan ke pukul berapa sekarang?

Nama umumnya jam Tawaf. Pergerakan jarumnya mengikut konsep tawaf di Kaabah. Mutakhir ini aku banyak membaca tentang hebatnya gerak kerja kaum Yahudi dalam menjauhkan budaya hidup orang-orang Islam dari amalan agama yang sebenar. Antaranya yang aku perasan pusingan dalam sesuatu aktiviti kita yang septutnya bermula dari kanan ke kiri;

1. Mengacau air minuman dari kiri ke kanan.
2. Makan buah selepas makan utama. Sebaiknya sebelum seperti sunnah berbuka puasa.
3. Minum susu lembu. Minuman terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing.
4. Makan daging kambing menyebabkan tekanan darah tinggi.
5. Stereng kereta di sebelah kanan ( masuk kereta dengan kaki kiri ).

Sebenarnya dalam Islam, aktiviti pusingan sepatut mengikut fitrah alam yang menyamai pusingan tawaf di Kaabah yakni dari kanan ke kiri. Baca pautan di sini untuk melihat kehebatan aktiviti hidup yang dicipta Tuhan mengikut hukum alam.

Alhamdulillah, buat masa ini aku sudah biasa dengan kebiasaan mangacau minuman dari kanan ke kiri. Sedikit demi sedikit aku beri kefahaman pada ibu_suri sebenarnya memakan daging kambing tidaklah bahaya untuk dia yang menghidap hipertensi.

Dan sekarang ini aku sedang mengintai peluang untuk memiliki jam tangan tawaf dan berhasrat memakainya pada pergelangan tangan kanan; bukan tangan kiri seperti kebiasaan sebelum ini. Tidakkah perbuatan yang baik itu sepatutnya bermula dengan yang kanan?

Sebenarnya aku memang dah lama tidak memakai jam tangan. Tidak tahu kenapa!

10 ulasan:

Anonymous berkata...

"Sebenarnya dalam Islam, aktiviti pusingan sepatut mengikut fitrah alam yang menyamai pusingan tawaf di Kaabah yakni ari kiri ke kanan."
ada kesilapan ke di sini? atau saya yang bingung?
jam itu menunjukkan pukul berapa? 10?

❤Kamsiah❤ berkata...

saya pun terpingga2 tgk jam tu...pukul berapa?

citarasa rinduan berkata...

2.07 pagi kah?

Norhaizan hakim berkata...

Yelah..mula2 dulu saya pun kekok mengacau minuman dan makanan mengikut lawan jam..sekarang dah biasa..saya [un konfius tengok jam tu..

Murni Alfathunnisa berkata...

perkara kecil yang selalu kita abaikan...t.kasih IM..betul jugak apa yang IM coretkan di entry ni..

makchaq berkata...

Pukui 9.58?
Bolehlah cuba ubah sikit2..

Jay Ar berkata...

IM,

Mungkin saya tak paham..tapi saya nampak jam baru IM tu spt bergerak dari kiri ke kanan...silapkah saya?

Tapi yg lebih malang kini saya spt IM juga sdg menaip huruf rumi dari kiri ke kanan juga. Bila masanya kita akan kembali menggunakan huruf jawi yg tulisannya bergerak dari kanan ke kiri???

Warna Warni Kehidupan berkata...

haah la kan, baru perasan pemandu kereta masuk kereta dengan kaki kiri. hurm.. selama ini hanya menjadi penumpang..

insan marhaen berkata...

Tanpa nama,
Kesilapan taip dah diperbetulkan. Dari Kiri ke kanan sebenarnya.

Kamsiah,
:-)

cr,
ha..ha..

NH,
Mula-mula IM pun konfius. Kena tukar paradigma dulu.

murni,
IM menulis dari pemerhatian dan pembacaan tulisan orang lain juga.

mak chaq,
sebenarnya jam menunjukkan ke pukul 9.53 malam.

jay ar,
itu jam taawaf bermakna pusingannya dari kanan ke kiri.

betul juga... tulisan jawi antara yang dipupuskan dan diganti dengan tulisan roman dari kiri ke kanan.

wwk,
ahlan wasahlan ke kotak komen IM. kenapa ya kat US sterengnya di kanan tapi tidak di Malaysia?

Nor Salmi berkata...

Perkara yang kita abaikan selama ni. Moga lepas ni dapat mendidik diri agar dpt kembali kpd ftrah.
ps: yg pasti, saya memang pakai jam di tangan kanan dan makan buah sebelum nasi.