Dah 3 hari aku tidak berpeluang melayari whatsApp, instagram atau facebook tatkala singgah minum setelah jauh memandu. Hanya memanndang gelagat orang yang berbagai.
Ada kalanya berasa lebih selesa sebegini. Hanya melayani panggilan atau sms sahaja. Tak perlu kalut dengan power bank atau topup (aku menggunakan xox yang jangkahayat topup adalah 2 tahun ).
Nak beli yang baru, belum ada gerak hati. Lagipun, terasa berat untuk mengeluarkan wang yang sebegitu banyak. Nantilah... bila hati dah sejuk. Atau bila merasakan ianya satu keperluan.
Inilah isi hati seorang ayah yang mungkin tak pernah diketahui oleh anak-anak.
Nak berkongsi perasaan dengan isteri pun rasanya lebih elok tidak usah ...
2 ulasan:
Itulah kami ini tertunggu-tunggu khabar berita.
Beli yang baru perlu jika yang lama tiada di tangan atau telah rosak.
Untuk keperluan yang lebih selesa dan mudah elok fikirkan yang baru.
Apatah lagi jika kita berkarya untuk pengkongsian dan dakwah.
best pak cik, tak akan sia sia pengorbanan yang telah dilakukan... semangat selalu, best...
Catat Ulasan