Halaman

Ahad, 7 Disember 2014

Planet Pluto


Mula tu ingatkan tak mahu tulis dah tentang apa pun dan siapa pun kecuali tentang ibu_suri dan mak di kampung saja. 

Justeru itu kalau kalian perasan header blog aku itu aku tulis... Kado Kecil Buat Istri. Belum siap lagi tu. Nak tambah.... Nyanyi Rindu Buat Ibu. Maksudnya, blog aku nanti hanya akan berkisar tentang kisah aku bersama ibu_suri dan mak di kampung sahaja.

Ini semua kerana aku dapat rasakan ada nama-nama yang selama ini aku tulis tentangnya di blog aku ini tidak menyenanginya.

Tapi malam ini aku tak tahan daulat juga. Nak tulis juga. Bagi aku, sesuatu peristiwa itu kalau tidak dicatatkan semasa ianya berlaku akan jadi rugi.

Sewaktu otw balik dari rutin bawa ibu_suri jalan-jalan (kali ini aku bawa ibu_suri jalan-jalan hingga ke 'planet Pluto'. bila dah balik baru dia tanya... planet Pluto tu jauh ke bang? Arghh...), Akhmal menalipon...

"Ayah... perut akhmal sakittt..." dan talipon kemudiannya diam.

Aku bergegas memandu. Dalam kepala memang macam-macam dok ada. Aku kenal anakku yang seorang ini. Sebab itu aku bimbang sesangat.

"Jom ayah bawak pi hospital. Badan kamu panas ni."

Menggeleng sambil juga memegang ari-ari dan mengerang. 

"Tak mahu bawak dia pi hospital ke?" soal ibu_suri berkali-kali. Hmmm... dia tak mahu.. kena sabar memujuknya pelan-pelan... 

Menangani permasaalahan Akhmal bukan sama seperti menangani permasalahan abang-abang dulu. Dan bila kalut begini akan menjadi 2 kali lebih kalut sebab ditambah dengan kekalutan yang dibuat oleh ibu_suri. Dalam masa yang  sama, tangan kanan jaga Akhmal, tangan kiri jaga ibu_suri. Bayangkan kalau masa aku bawa Akhmal ke hospital dan ibu_suri beriya-iya mahu ikut kononnya nak teman aku yang sebenarnya lebih mudah kalau ibu_suri duduk di rumah sahaja menanti.

Hingga ke jam ini pun Akhmal masih ketegar tak mahu ke hospital. 

"Kita tunggu esok saja. you pi tidur dulu di bilik. Abang baring di luar ni..." sambil mengharapkan ibu_surilah yang akan mampu berjaga kerana aku tahu.... aku ini pantang letak saja kepala ke bantal... zzzzzzzz.... lebih jauh dari Pluto...

6 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

kadang kadang memang sukar membuat pilihan..sebab kedua duanya org yg kita sayang..kalau tak di ikutkan, masalah baru pulak akan timbul..kalau ikut karang,kita pulak tertekan... jadi kadang kadang memang tak der pilihan...nekad ,sabar , tawakal..

Bunda a.k.a KN berkata...

Salam hujung minggu..

Nor Azimah berkata...

Err, kado tu apa IM...?

Bearcat berkata...

Rahmat Allah...IM senang tidur walaupun banyak perkara perlu ditangani :)

JR berkata...

Dalam kepayahan menjaga dua insan tersayang Allah mengurniakan kemudahan untuk IM tidur. Tidak seperti saya sejak kecil kalau ada masalah sekecil huma boleh menyebabkan saya cuma mampu tidur-tidur ayam....

insan marhaen berkata...

iryanti,
nekad,sabar dan tawakkal itu adalah sifat orang yang hebat.

bunda,
hujung minggu yang kalut bagi IM.

nor azimah,
kado tu bermaksud hadiah yang kecil.

bearcat,
kekadang susah tidur juga. tapi selalunya senang tidur.

jr,
semacam dengan ibu_suri