Kesian juga melihatkan ibu_suri mula mengerang kesakitan di katil. Sebabnya ialah terjatuh semasa melangkah turun dari tebing lantai restoran ke jalan parkir kereta.
Aku cepat-cepat menampan kepala ibu_suri yang seperti akan terhempas ke bonet kereta. Sekalian lelaki yang sedang duduk minum spontan bangun, cuba menolong. Untuk membangunkan ibu_suri bukan calang-calang berat untuk aku seorang mampu kendalikan.
Aku pun silap. Silap banyak. Sepatutnya aku dah lama tahu bahawa makan di Restoran Makbul Seberang Jaya itu tidak sesuai bagi ibu_suri. Tapi dek kerana kedai makan lain susah nak parkir kereta sebab hari bekerja; situ yang kosong, maka aku pujuk juga ibu_suri.
Uh.. lain kali aku tak bawa dah ibu_suri makan di situ melainkan jika tangga yang disediakan itu dah diubahsuai sesuai dengan keperluan OKU seperti ibu_suri.
Aku segera teringat pesan doktor yang merawat ibu_suri di BM Specialist Center dulu. Jaga-jaga... jangan jatuh. Stroke kali ke 2 akan lebih derita.
12 ulasan:
Benar, stroke kali kedua kesannya lebih teruk - kecuali Allah mentakdirkan sebaliknya.
Semoga ibu_suri tidak terkesan dengan peristiwa jatuh itu.
Aamin.
eh IM org penang ka..duk mana..anyway tq follow dan linkkan...ada sapa2 lagi blogger Penang...
semoga tiada apa2 kesan terhadap ibu suri...
kesian ya..simpati. Tabahkan hati menjaga Oku ya..besar hikmahnya tu ..harap Ibu Suri sihat di ketika ini.
Masya Allah..
Semoga ibusuri terpelihara, dari kesan jatuh, insyaalah..
Semoga Ibu Sari tak apa-apa. Tentang stroke kali kedua memang ramai yang berkata begitu, oleh itu IM perlu berhati-hati...
mudah2an takde apa-apa kesan buat ibu suri...
Doanya ibu_suri ok.
IM lain kali perlu lebih berhati2...memanglah kadang benda nak jadi luar dari jangkaankan...bukan sengaja pun...
Semoga ibu_suri tak apa2...
Saya harap juga begitu...
Bagaiman keadaan ibu suri sekarang..semoga sembuh seperti biasa ye
Catat Ulasan