Ahad, 30 Oktober 2011

Tak Sedar Air Mata Mengalir

Foto ihsan dari sini
Bukan ibu_suri tidak pernah tanya; Bila kita nak pergi Haji?

Aku jawap; Wajib pergi Haji itu apabila kita mampu dan setelah selesaikan tanggungjawap kita terhadap yang akan kita tinggalkan. Tapi sekarang kita masih ....

"Boleh ke I pergi Haji kalau sakit macam ni?"

"Boleh!" jawap ku seperti yakin sedangkan aku sebenarnya pun tidak tahu boleh atau bagaimana nak urus ibu_suri bila berada di tempat, cuaca dan yang asing begitu. Kalau ke bilik air di R&R pun aku kena bantu, apatah lagi jika di sana.

Tapi aku tak nafikan jika ada seru Allah, apa keadaan diri kita sekalipun, Allah akan bantu. Cuma ibarat sabda Nabi; jika nak tinggalkan unta, tambatkanlah ia terlebih dulu..

Aku acapkali mendapat khabar yang rakan-rakan lamaku seorang demi seorang sudah pergi ke Baitullah. Malah ada yang dulu kaki perempuan, kaki gaduh pun berpeluang bergelar Hujjaj.

Hurmm... Aku harap sebelum mataku tertutup, aku juga berpeluang ke sana. Kata mak; bila melihat Kaabah tak sedar air mata mengalir!

21 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM..
Insya'Allah...
Semuga impian IM ke tanah suci bersama ibu suri dimakbulkan Allah... Berdoalah agar Allah mudahkan segala urusan untuk kesana.
- Bila hati sudah nekad hendak ke sana, Allah akan mudahkan jalannya... Insya'Allah.

Ariff Budiman berkata...

Salam IM
Insyaallah bila hati sudah berdetik Allah pasti mendengarnya.

aku HIV positif berkata...

Insya-Allah IM,
semoga hajat, usaha dan doa kita dikabulkanNya.

insan_marhaen berkata...

ibu n abah,
terima kasih atas doa!

budiman,
paling mustahak, ada niat di hati, kan? yang selebihnya bergantung pada usaha dan keizinanNya.

ahp,
muga-muga Allah makbulkan.

S..U..D..@..I..S berkata...

kita hanya mengharap pertolongsnnnya agar dipermudahkan segala urusan

MulutPayau berkata...

InsyaAllah IM..
semoga impian akan mnjadi knyataan...Dan semoga Allah permudahkan segala urusan....

Ekmi Rabat berkata...

InsyaAllah..niat IM dan Ibu_Suri dah ada. Allah pasti tolong punya. Sya pun nak sgt hantar mak ayah ke sana, dari sekolah dh plan nk bwk mak ayah ke Mekah menunaikan haji. mintak2 sempat.

insan_marhaen berkata...

sud@is,
Allah hanya akan menolong mereka yang sabar dan berusaha.

Mp,
muga-muga masin mulut Mp.

ekmi,
IM doakan usaha ER akan diberkati Allah walaupun sepatutnya yang patut dahulu pergi itu adalah kita.

Aida Ali berkata...

Insya Allah ada rezeki IM ke sana. Nak menitik air mata bila direnung gambar Baitullah

LadyBird berkata...

lady doakan agar suatu hr nanti ibu suri dan pakcik akan dapat ke sana.. :).. insya-Allah akan diberikan kemudahan.. ameeenn..

mama maman berkata...

Insyaallah... sy sendiri pun kdg2 terfikir gak.. mampu ke kesana ngan keadaan sakit gini.. tp kata org jgn difikirkan sgt.. disana insyaallah Tuhan persenangkan urusan kita.. tawakal dan bersabar.. dugaan jugak tu kan...:)

IMANSHAH berkata...

saya juga wish akan ke sana sebelum umur 50

insan_marhaen berkata...

aida,
agaknya AA pernah ke sana.

ladybird,
terima kasih atas doa.

mm,
fikir untuk hari ini. esok, tuhan saja yang tahu.

imanshah.
ek... bukan letak cita-cita nak pergi di usia muda ke?

hani@debumelukut berkata...

IM, tak ada yg mustahil..InsyaAllah.

Ann Huda (Ate) berkata...

Laimbaian kaabah...Siapa lah yang tidak mahu menjadi tetamu Allah. Moga IM, Ibu Suri dan semua kita yang telah berniat untuk menunaikan rukun Islam yg ke 5 ini dimakbulkan Allah. Yang belum cukup rezeki, dimurahkan rezeki, yang sakit di beri kesihatan dan kekuatan utk melaksanakannya. Sesungguhnya sakit itu dari Allah, Dia jugalah yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan.

hrusli61 berkata...

Baguslah, IM sudah pasang niat semoga Allah mudahkan nanti.

JH pun berhajat akan mencuba pada tahun depan insyaAllah. Sama-sama kita berdoa.

sahromnasrudin berkata...

insyaAllah..akan tiba giliran IM nnti pasti kan dipermudahkan Allah SWT

wifenavy berkata...

Niat dah ada.. usaha dah ada.. jalan mungkin belum ada.. tinggal memohon pada-Nya mungkin kurang.. Dengan izin-Nya IM sampai ke sana

NzA berkata...

InsyaAllah,semoga Allah perkenankan doa2 hambaNya....

al-lavendari berkata...

insyaallah kalau ada azam, akan dipermudahkanNya dan ada jalan yang ditunjukkanNya. Dia maha berkuasa dan sebaik-baik perancang.

insan_marhaen berkata...

hani,
antara berusaha dengan tidak aje, ya!

ate,
masa berada di puncak gunung tahan lagikan IM rasa satu ketenangan yang sukar diucap, inikan pula jika berada di kaabah.

JH,
muga kita sama-sama akan ke sana.

sahrom,
tk atas doa.

wn,
muga Allah permudahkan.

nza,
nza bila lagi?

al-lavendari,
betul tu..