Alhamdulillah, dapat juga balik kampung jenguk mak walaupun cuma beberapa jam sahaja. Bila mak selalu bertanya:
"Kenapa tak tidur sini?"... aku selalunya diam kalau tidak ada sebarang alasan logik untuk diberi. Tak mahu aku guris perasaan mak atau ibu_suri jika memberi jawpan yang sebenar. Mereka berdua takkan faham sebab sejarahnya panjang.
Apapun, sekembali saja ke rumah dari kampung, terus layan fb MemBers EGA. Dan aku terkesima bila menatap gambar itu. Bait-bait lirik lagu itu memang dari dulu memberikan persis satu kekuatan bila menyanyinya sorang-sorang.
Selain solat, baca Quran atau tidur, bawa kereta sambil bernyanyi sorang-sorang adalah salah satu cara aku melampiaskan segala keresahan yang bersarang di dada.
#boleh dengar lagu itu di sini
5 ulasan:
Saudara IM,
Saya diperkenalkan lagu2 EGA ini dari tahun lewat 70an lagi. Memang indah dan puitis lagu2nya....
lagu dulu2...lembut mendayu..puitis..
IM mcm suami saya, suka dengar lagu2 dulu2, tapi kalau saya lebih suka dengar alunan zikir
pak mail,
tahun 70an saya minat lagu d'lloyd, mercy's dll tapi tak pernah kenal pun lagu ebiet hinggalah tahun 80an masa belajar di kl..
kamsiah,
lagu dulu suara penyanyi kebanyakannya low key..
nor azimah,
sebab saya pun orang dulu-dulu... :-)
Catat Ulasan