Pernah aku terbaca. Seorang lelaki apabila melihat seorang wanita ibarat seorang pelukis melihat lukisannya. Pelukis, pabila melihat sesuatu lukisan bukan sekadar melihat warna dan corak yang tertera di kanvas semata. Pelukis juga akan membayangkan rupabentuk falsafah yang ada di sebalik lukisan itu.
Maka, seorang lelaki kalau melihat seorang wanita, dia bukan sahaja melihat wajah luaran wanita itu. Malah kalau wanita itu cantik lalu menarik pandangan matanya, lelaki itu juga akan membayangkan rupa bentuk kecantikan dalaman wanita itu. Errkss...
Agaknya, itulah salah satu sebab kenapa bila beratur atau berjalan, lelaki mesti jalan dahulu kemudian baru wanita ikuti di belakang.
Dan kalau di dalam susunan duduk para penonton di majlis islamik samada lelaki duduk di barisan hadapan atau duduk di kawasan sebelahan.
Kalau adalah susunan majlis yang barisan lelakinya duduk di belakang sepertimana susunan pelajar dalam kelas semasa aku bersekolah dahulu maka pengelola majlis itu tidak faham konsep majlis yang islamik. Pengelola itu terpengaruh dengan konsep ' ladies first '.
Namun yang selalu aku jumpa ialah semasa bercinta lelaki dan wanita jalan bersebelahan. Bersaingan sambil pimpin tangan. Akan tetapi bila sudah berkahwin isteri jalan dahulu, suami ikut dari belakang. Konon nak tengok anak. Dan yang lebih parah ialah suami jalan dulu. Isteri yang terkedek di belakang pimpin anak.
Aku perhatikan budaya begini jarang berlaku pada pasangan Cina. Kekadang tu, dah tua-tua pun jalan berpimpin tangan.
Romantiknya!
( catatan foto: Foto Mona Lisa ini di lukis oleh Leonardo Da Vinci, seorang pelukis Disleksia. Lukisan ini adalah diantara lukisan paling mahal di dunia. Mahalnya lukisan ini terletak pada senyumannya. Mona Lisa juga dikatakan mempunyai jari-jari tangan yang panjang. )
Romantiknya!
( catatan foto: Foto Mona Lisa ini di lukis oleh Leonardo Da Vinci, seorang pelukis Disleksia. Lukisan ini adalah diantara lukisan paling mahal di dunia. Mahalnya lukisan ini terletak pada senyumannya. Mona Lisa juga dikatakan mempunyai jari-jari tangan yang panjang. )
4 ulasan:
...lelaki itu juga akan membayangkan rupa bentuk kecantikan dalaman wanita itu. Yang ini 18SX. Fakta, tetapi jarang diakui orang.
Alhamdulillah, Bear & Cat masih jalan berpimpin tangan sampai la ni hehe.
ragam manusia.. tapi mmg sronok tgk mokcik pokcik jln pimpin tgn
Kira fakta ini betul dan diakui oleh semua lelaki ker? Subhanallah... Indahnya islam menggariskan panduan adab-adab yang selari dengan fitrah insani =)
Catat Ulasan