Tidak tahu untuk menulis apa. Hidup ini memang macet. Macet yang tidak tahu untuk dihuraikan. Sekian lama aku hidup dan berjalan di atas kulit bumi ini. Banyak sudah bukit dan lurah aku lalui. Panas dan sejuk menjadi gebar di sepanjang perjalanan ini. Aku akur pada kata-kata emak satu waktu dulu;
" Kita ini baik sangat.... "
Ya... Agaknya aku ini baik sangat hingga menyusahkan diri sendiri. Terlalu mahu menjaga hati orang lain hingga akhirnya memenjarakan hati sendiri.
Hidup ini memang macet. Sepertimana macetnya lebuhraya PLUS Seberang Jaya dan Jambatan Pulau Pinang saban pagi tatkala melaluinya ke lokasi kerja. Alhamdulillah, buat setakat ini aku masih mampu mengawal emosi. Masih mampu menjaga batas-batas susila walaupun banyak kekadangnya terbabas. Masih juga mengingati Tuhan ketika baring dan berjalan.
Esok entah bagaimana susur galur perjalanan. Tidak nampak apa-apa. Tiada pelan apa-apa. Ada orang bertanya; esok kau mahu jadi apa?
... mahu jadi Kiyai..
Hah! Kiyai...? Sekarang pun engkau sudah berantakan.
... kenapa? Bukan mustahil kerana Tuhan itu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tak perlu jadi Kiyai macam Nik Aziz. Jadi Kiyai dalam diri sendiri pun sudah cukup hebat...
Hum....
Selalunya, seusai sembahyang aku akan sujud semula dan berdoa;
" Ya Allah... Selamatkanlah aku di dalam perjalanan hidup ini. Berilah aku kesempatan untuk memperbetulkan diri, jasmani dan rohani ini.... "
I was here last 31st Jan 2010, Pantai Cendering. Looking for peacefullness...
3 ulasan:
Im..macet tu ape?
macet adalah bahasa Indonesia bermaksud sibuk ( di jalan raya ). Ianya diambil dari dua perkataan; mahu cepat. Selalunya apabila memandu kita akan terburu-buru kerana mahu cepat sampai hingga melupakan sopan santun jalan raya.
oic..selalu sy dgr tp xtahu apa maksudnya. tq ya, mlm nih dah leh jd chekgu bahasa. hehe..
Catat Ulasan