Selasa, 9 Mac 2010

Panas Dunia

Sambil doktor memeriksa dada dan belakang ibu_suri menggunakan stethoscopes, sempat dia memberi nasihat supaya ibu_suri selalu melakukan senaman demi menjaga kesihatan.

" Sekarang ini cuaca panas yang luar biasa. Pagi sahaja pun suhunya dah mencecah 30 darjah. Tak bagus untuk aktiviti luaran. Ibu buat senaman dalam rumah sahaja, ok? Ibu ada alat senaman dalam rumah? Basikal yang tak ada roda tu ke? "

Aku senyum sendirian bila ibu_suri memandang wajah aku. Kami sama-sama mengerti. Bukan tidak ada semua itu. Cumanya mahu atau tidak mahu sahaja menggunakannya.

Lagi pesan doktor;

" Ibu rajin makan buah ya. Kalau boleh makan begitu sahaja. Jangan buat jus sebab bila kita buat jus gula buah itu akan serap terlalu cepat ke dalam darah. Ini kurang bagus terutama bagi mereka yang mengidap kencing manis. "

Memang cuaca amat panas. Bandar Taiping yang dikatakan mempunyai hujan paling panjang di Malaysia pun mutakhir ini jarang hujan. Tidak seperti sebelum ini bilamana aku menziarahi anakku di STB selalunya akan balik di bawah hujan.

Ini baru panas di dunia. Baru panas yang jarak mataharinya masih berjuta-juta batu dari bumi. Entah bagaimana agaknya panas di Padang Mahsyar. Yang dikatakan matahari cuma sejengkal dari kepala.


Aku teringat abah yang kini berada di alam barzakh. Entah bagaimana panas abah di dalam sana. sedangkan aku hendak mandi sebelum solat Subuh pun terasa air kolah seperti separuh masak.

Tuhan... terasa amat kerdilnya diri ini di hadapanMu. Terasa gentarnya aku bila mengenangkan amalku yang teramat sedikit. Udahlah sedikit, compang camping pula.

4 ulasan:

hrusli61 berkata...

IM,
Bersyukurlah kita masih dapat menghidup udara (oxsigen) walaupun cuacanya panas. Masih ada angin yang sudi berhimbus. Namun perjalanan kehidupan ini perlu diteruskan walaupun apa keutamaan kita.

Semoga Allah memberi petunjukNya kepada kita untuk lebih baik keadaan keseluruhan ini.

hentian berkata...

Rusli,

Terima kasih atas sokongan kuatmu selama ini terhadap aku.

Aku berdoa semuga engkau selalu sihat dan dapat menyonsong cita-citamu bersama hembusan oksijen yang berlalu....

JIM Seberang Perai Tengah berkata...

Tuan, untuk elak panas di akhirat, kena beli payung besar-besar di dunia ni...

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
Mulakan setiap hari dgn bersyukur, penuhi dgn astaghfar & zikrullah, serikan dgn sedekah & jariah ... Ya usahakan mengumpul saham akhirat sebanyak terdaya dgn ikhlas & pasrah. Insya Allah, balasan pasti baik.