Khamis, 17 Jun 2010

Ayo Dalam Mangkuk

Tergopoh-gapah aku menalipon Kak Oyah dan Kak Ina, kakak ipar yang aku kira ada juga ambil berat soal kesihatan ibu_suri. Sejak beberapa hari ini ibu_suri asyik menangis dan bertanya bila nak bawa dia berubat. Dia hendak segera sembuh seperti dulu, katanya.

Teringat juga seorang kawan baikku yang berniaga di pasar malam sekitar Seberang Perai ini. Tentu dia tahu dimana bomoh yang boleh mengubati sakit ibu_suri ini, fikirku.

"Nanti awak tanya. Ada juga sorang tu kabonya dia pandai berubat. Berubat dari jauh pun boleh."

Sejuk juga hati ini menerima tawarannya hendak menolong.

"Dia kata, kamu ambik ayo bubuh dalam mangkuk. Kamu letak di dapur. Letak di tempat elok le ye... jangan letak dekat bilik ayo pulak, keh..keh..keh..Nanti kalau dah siap kamu talipon awak balik, ye.."

Aku pun berbuat bagai yang diarah. Kurang selesa juga rasanya membuat kerja-kerja begini.


"Tok bomoh tu kata dia dah baca dah apa yang patut. Ayo dalam mangkuk tu nanti kamu suruh ibu_suri lap ke muka dan tapak tangan. Selebihnya suruh dia minum."

Lalu, lepas solat Mahgrib, aku mengarahkan ibu_suri perbuat apa yang disuruh. Lap muka, basuh tangan dan minum.

"I boleh baik ke nanti?" Soal ibu_suri. Susah aku nak menjawap hingga membuat aku menarik nafas panjang.

"Kalau Tuhan izinkan, insyaAllah, baik. Jika tak baik juga kita usaha lain le.."

Memeluk aku akan ibu_suri sambil bercucuran airmata. Aku menggosok-gosok belakangnya sambil berkata;

"Sabarlah... Tidak ada yang lebih hebat dari perkataan SABAR!"

Sebenarnya perkataan itu juga adalah untuk aku dan mereka-mereka yang bernasib seperti aku!

( Ini pengubatan ibu_suri yang pertama yang aku akan ceritakan. Entri lain aku akan ceritakan pengubatan seterusnya.. )

6 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Semoga Allah membantu. Teruskan pengubatan. Teringat masa kes yang terjadi terhadap isteri. Bila dengar saja ada yang Allah beri kepandaian saya akan segera kesana. Janji isteri sihat. Selamat berusaha. Yang pastinya jika sesuatu terjadi kita tidak pernah menyesal berpeluk tubuh meratapinya

MaMa MoDeN berkata...

salam IM...
bercucuran airmata mama moden melawati laman IM yg sudah agak lama tidak mama moden kunjungi... semakin sebak membaca kisah2 ibu_suri...

memang tiada kata2 yg boleh diucapkan selain kata2 keramat SABAR.. buat IM ^& juga buat ibu_suri...

kisah2 kalian mbuatkan mama moden amat bersyukur dengan keadaan diri. kita selalu merasa nasib kita buruk malang, hakikatnya ada org lain yg lebih derita & susah dr kita...

sabar yer sahabat2ku... ingin sekali bertemu ibu_suri & mendakapnya serta memberi ucapan tahniah kerana punya suami sebaik&semulia IM...

maiyah berkata...

jgn berhenti berharap.. tabah ye..

hentian berkata...

kehidupan perlu diteruskan. peri kemanusian dan kasih sayang perlu diteruskan. hari ini hari dia. bukan mustahil esok hari kita.

tk buat yang memberi komen positif.

ibuintan berkata...

semoga tabah en. Im,
tak ada salah nya berubat cara kampong, asalkan caranya tidak melanggar hukum..

ninie's corner berkata...

semoga IM tabah & sentiasa sabar mengharungi dugaan ini.....juga tak berputus asa dan teruskan usaha.....