Halaman

Selasa, 1 Jun 2010

Belum Bersedia

Dapat berita mengejutkan semalam
Bapa saudara ibu_suri di Bidor menyahut panggilan Tuhan
Diserang sakit jantung tanpa jemputan
Ketika hendak isi minyak kereta di pekan.

Sesampai di perkuburan talkin sedang dibacakan
Aku tunduk melihat bumi kerana terasa gerun dengar Tok Imam berpesan.
Entah si arwah faham atau di dalam ketakutan
Akan gelapnya kubur tak dapat digambarkan
Lemas dan sempit tidak terfikirkan.

Tinggallah kekasih tinggallah kawan
Semalam anak isterimu menangis kesedihan, sebentar lagi ketawalah berderaian
Si arwah juga yang tak keruan
Menanti nasib yang belum ketahuan.

Walaupun payah hendak kukhabarkan
Aku sendiripun amat gerun mengenangkan
Bilakah giliranku yang pasti kan datang
Sendirian terperosok dalam kegelapan.

Bapa saudaraku, aku pamit lah ya
Kerana esok aku perlu kembali bekerja
Aku tidak mampu menolongmu bagaimana
Terpulanglah pada amal dan sedekahmu yang ada.

Aku sendiri pun risau berkelana
Belum cukup bersedia mengungsi ke SANA...

3 ulasan:

iBu...gUru berkata...

sama2 kita sedekahkan al fatihah utk yg pergi..........Amin... sesungguhnya mati itu benar....... dan alam kubur itu benar.........

hentian berkata...

al fatihah. dan kita beruntung kernana masih ada peluang untuk perbetulkan jalan kehidupan..

kakcik berkata...

Semoga aman rohnya di sana.