Halaman

Rabu, 9 Jun 2010

Kucupannya Hangat

Terasa pipiku hangat dikucup. Itu pasti kucupan abang sebelum pergi kerja. Akhir-akhir ini kucupannya hangat dan ikhlas.

“Abang sayang U. Abang tak mahu tengok U menangis. Kalau ada apa-apa talipon abang, ya!”

Aku angguk sambil airmata berjurai.

Aku tidak pasti kenapa mutakhir ini hatiku diserang hiba yang keterlaluan. Rumah ini terasa amat sepi. Hidup ini terasa amat kosong. Tiada kawan datang ziarah. Tiada saudara mara datang singgah. Dan sejak balik dari menziarahi pengkebumian bapa saudaraku di Bidor aku semakin pasif. Selalu teringat beliau. Terkilan kerana tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.

Tapi aku sendiripun entah kenapa tidak mahu kemana-mana. Abang selalu sarankan aku pergi rumah kakak supaya boleh bermain-main dengan cucunya. Aku tidak hendak. Ziarah mak di Air Itam. Juga tidak hendak. Abang cadangkan pula supaya aku ziarah Kak Ati,kawan baikku masa kerja dulu di Balik Pulau. Juga tidak. Dicadangkan aku ziarah Latifah yang dulu sama-sama aktif dalam program KRJ, juga aku geleng kepala. Atau ziarah Rahim di Titi Teras, kawan baik abang Juga tidak..tidak..tidak..

Entah kenapa aku tidak ada hati untuk semua itu. Aku lebih suka berkurung dalam rumah sejak 2-3 minggu ini. Dalam bilik. Aku tahu abang amat bimbang dengan perubahan diriku yang mendadak ini. Suara dan elusannya menggambarkan itu.

Malam semalam, beriya-iya abang mengajak aku keluar jalan-jalan. Aku pun dengan payah melangkah masuk ke Kancilku. Sepanjang perjalanan aku hanya membisu dan memejamkan mata. Abang ajak singgah makan aku geleng kepala. Aku tahu abang sengaja ambil jalan jauh walaupun tampak dia sedikit mengantuk. Aku tahu abang letih seharian bekerja. Balik pula terpaksa kemas dapur dan basuh pakaian.

Aku tahu abang amat ambil peduli akan kesihatanku. Cuma aku yang tidak faham kenapa aku jadi begini. Aku minta abang supaya cari seseorang yang boleh ubati aku. Mungkin aku dihinggapi sesuatu yang membuatkan kekadang aku rasa sejuk; kekadang takut; kekadang sedih dan kekadang bimbang tidak bersebab. Atau mungkin semangatku perlu dipulihkan.

Sudah lebih 3 tahun emosi aku terumbang ambing begini. 3 tahun sejak di serang angin ahmar. Amat lama… Dan seminggu dua ini lebih aku terasa!

  • Aku rindui persahabatan ini...

7 ulasan:

en_me berkata...

sabar jerr..

kakcik berkata...

Ini catatan ibu_suri atau IM cuba menyelami apa yang dirasai oleh ibu_suri???

Kita tidak meminta dugaan, tapi ia datang sebagai 'pemberi ingatan' kepada kita...

hentian berkata...

Melihat perasaan ibu_suri dari pacaindera IM yang ke6.

hrusli61 berkata...

Memasuki kasut seseorang itu untuk menyelami hati dan perasaannya adalah salah satu kaedah kaunseling yang di panggil 'empeti'.

Sebagai kaunselor mereka tidak boleh banyak simpati.

'Jendela Hati' dan ibu_suri pernah jadi ko-kuanselor di Unit Khidmat Nasihat Islah satu masa dahulu.

hrusli61 berkata...

Memasuki kasut seseorang itu untuk menyelami hati dan perasaannya adalah salah satu kaedah kaunseling yang di panggil 'empeti'.

Sebagai kaunselor mereka tidak boleh banyak simpati.

'Jendela Hati' dan ibu_suri pernah jadi ko-kuanselor di Unit Khidmat Nasihat Islah satu masa dahulu.

iBu...gUru berkata...

salam IM
sukar bagi seseorang untuk mengetahui perasaan yang ditanggung oleh individu secara zahir........ kerna zahir tidak semestinya mengambar batin ....... hanya Dia yg dpt mengetahui kocakan sebenar batin seseorang ........ kita hanya boleh membuat telahan dan berharap moga telahan itu tepat utk kita melakukan sesuatu ........

hentian berkata...

walaupun itu bukan perspektif sebenar perasaan ibu_suri namun begitulah hari-harinya berlalu.

dan aku kena kuatkan semangatku dan tidak menunjukkan riak kelemahan demi memberinya kekuatan.