Halaman

Jumaat, 3 September 2010

Aku Sebagai Ayah

Aku cuba memahami jiwa anak-anak aku yang aku sendiri sedar atau tidak tau-tau melihat mereka terpampang dewasa di hadapanku. Sudah bergelar anak muda. Berbadan sasa, tinggi dan cergas melebihi aku yang mula kerepot.

Aku cuba menggauli mereka seumpama kawan tanpa merendahkan martabat aku sendiri sebagai ayah. Lantaran itu aku selalu cuba berbual dengan nada yang sama dengan nada mereka. Cuba berbincang dengan menerima pandangan mereka dan memberi alasan yang berlapik jika tidak bersetuju.

Along kini 24 tahun. Angah pula mencecah 23 tahun. Dan Akhmal telahpun melepasi 17 tahun. Untuk menseimbangkan isi dan citarasa perbualan kami, aku perlu menjadi pemangkin. Bila aku berbual dengan Angah sementara Akhmar mendengar, aku cuba untuk tidak membiarkan Akhmar menguap kerana topik perbualan kami tidak mencecah tahap IQ Akhmar. Aku cuba menjadikan perbualan itu berlaku secara timbal-balas 6 mata.

Bukan mudah juga hendak menjadi bapa yang dihormati oleh anak-anak. Aku tidak boleh ego dan terlalu bercerita tentang kehebatan aku masa muda dahulu. Aku perlu akur bahawa zaman aku tidak sama dengan zaman mereka. Aku masih ingat pesan Nabi kita yang mahfumnya; didiklah anak-anak kamu sesuai dengan zamannya.

Aku harap aku akan dapat menjadi ayah yang dihormati dan disegani oleh anak-anakku. Aku tidak mahu mereka menyegani aku kerana ketegasan yang melampau. Segani aku kerana tidak boleh tidak mesti patuh dengan apa sahaja arahan aku.

Aku mahu mereka hormati aku kerana aku adalah ayah yang menghormati pandangan mereka. Yang menjaga hak-hak mereka sebagai anak di zaman siber ini. Dan mereka menghormati aku kerana jujur dan ikhlas membesarkan mereka untuk menjadi manusia.

Aku harap aku tidak salah mendidik mereka dan mereka pula tidak menyalahkan aku kerana tersalah mendidik mereka.

Aku mahu mereka akan menghormati aku sepertimana aku menghormati abah aku dahulu, kini dan selamanya!

p/s: takziah buat keluarga Nyah Azki atas pemergian Mak Nyah ( rujuk entri Balik Kampung )ke Rahmatullah semalam akibat sakit tua.

10 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM;


bukan mudah nak mendidik anak zaman sekarang ni..

saya sendiri kadang2 sampai tahap tak tahu nak buat macam mana utk tangani sikap mereka yg adakala 'tak dengar kata'

ahmad humairi berkata...

salam,

InsyaAllah, balasan tuihan maha adil.
Apa yang kita inginkan, tidak begitu mudah menjelma di depan mata.

hrusli61 berkata...

Benar memang sukar mendidik anak ini. Disamping didikan dari rumah, pengaruh kawan-kawan dan persekitaran juga menyumbang baik buruk perkembangan mereka.

Cuba dan terus berusaha disamping doa yang tidak putus-putus.

Semoga segalanya akan berubah kepada kebaikan. Amiin.

mak3hero berkata...

tanggungjawab ibubapa..yang berat..untuk mendidik anak2 supaya menjadi insan soleh..solehah dan berguna..selalu tak tidur malam memikirkannya..

Zakir Lazarus berkata...

KENAPA MUKA YANG BEDIRI TU MACAM MUKA TUAN PUNYA BLOG NI HAH.... CONFUSED LERRR... KENAPA MUKANYA SAMA.....

Betul ker mendidik anak ni perlu di pukul dibantai secukup rasa nanti baru dia tau itu adalah perbuatan nakal yang merugi..... Jika marah-marah bertempik nanti terkesan di hati hingga mati pun masih teringat jeritan sakti tu lalu tertutup pintu hati.... ade ker sampai macam tu.

ibundo berkata...

salam. bukan senang untuk menjadi ibu dan bapa yang menjadi idola anak-anak. Semuga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

selamat hari raya untuk IM dan famili.

Kunang-Kunang berkata...

Salam,

Anak-anak akan menjadi sebagaimana kita mendidik mereka. Mereka akan melihat cara kita.

a kl citizen berkata...

memang betul ...anak2 cepat sungguh membesar depan mata, kan, tau2 dah remaja dan dewasa...

ibuintan berkata...

anak-anak makin dewasa, kita pula makin tua, seiring usia mereka makin bertambah kerisauan kita kepada mereka..
memang betul lain zaman lain cara didikannya, apa pun cara didikannya asalkan anak2 tetap hormat dan patuh kepada kedua orang tuanya

hentian berkata...

tkasih lewat komen positif. kita menggantikan ibubapa kita yang uzur, kelak mereka yang akan menggantikan kita di masa hadapan. gitulah putaran hidup~!