Ahad, 19 September 2010

Bujal

Aku senyum sendiri bila terima foto ini dari seorang kawan. Dah lama aku tak tatap majallah ini yang menjadi teman akrab aku setiap bulan dari sejak sekolah menengah rendah lagi.

Dari sinilah aku mula mengasah bakat menulis. Aku selalu hantar pantun dan sajak. Bila pertama kali tersiar huu.. rasa macam 'dunia ini ana yang ampunya'. Seronok tak terkata.

Tak lama lepas tu aku dihujani oleh surat dari 'peminat', kononnya la... Dan yang best tu, semua peminat aku 99% adalah perempuan. Dari Perlis hinggalah ke johor. Hik! hik! Agaknya dia orang ingat aku ni hensem sesangat agaknya...

Aku simpan semua majallah ni sebenarnya. Akan tetapi sekarang ni, entah kemana lah majallah ni mak aku buang. Entah-entah, ke dalam kebun getah Wan Jaba belakang di rumah...

19 ulasan:

ahmad humairi berkata...

salam,

bujal, wak doger, bambino dan senagkatannya tempat saya gak antar pantun - bila terpublish satu..ada gakla 'peminat' yang antar surat...bukan sebab aku hensem sebab sajeje deme nak berkenalan..

kakcik berkata...

Kakcik juga pernah menerima timbunan surat dari 'peminat' satu waktu dulu ekoran karya kakcik tersiar di Radio Singapura. Kakcik juga pernah menulis untuk Utusan Pelajar dan karya itu tersiar. Paling kelakar, kakcik menerima surat yang bila dibuka, berteraburan serbuk talkum keluar dari surat itu!

hentian berkata...

AH,
kira penulis juga awak ni ya!

KC,
IM juga pernah menulis dalam Taman Sains, UP dan berjaya jadi AKS 75 (kalau tak silap)

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
Nostalgia indah la kiranya! :)

hentian berkata...

kira-kira gitulah. indah tapi tak akan dapat merasainya semula...

ibuintan berkata...

bahan bacaan masa awal remaja, saya pun selalu tak miss beli, setiap hari simpan 5 sen duit saku semata-mata nak beli majalah ni.. kalau tak cukup minta duit dari mak

a kl citizen berkata...

agak2 ada tak surat dari saya...?

:)

Ariff Budiman berkata...

Saya dan rakan pernah hantar nama kami menggunakan nama ARIJAS. Singkatan nama Ariff dan jasmi. Maka setiap hari posmen akan membawa berbungkus-bungkus surat cinta. Ada yang letak bunga. Ada yang letak bedak harum.Semua nak berkenalan. Siap dengan ayat-ayat cinta dan pantun. nasib Baik IM tak hantar. Time nakal katakan.

Acik Erna berkata...

IM..kenagan terindah la tu kan..dapat surat dari peminat..

ab@h_Izz berkata...

pernah gak merasa dihujani surat2 dari peminat....rata2 nk berkenalanlah..time2 cuma terpilih soalan2 utk prof serba tau...majalah gila2 la..penuh surat2 aku kt box Delima7 itm dulu...siap ade yg curi lagi...klakar

ab@h_Izz berkata...

pernah gak merasa dihujani surat2 dari peminat....rata2 nk berkenalanlah..time2 cuma terpilih soalan2 utk prof serba tau...majalah gila2 la..penuh surat2 aku kt box Delima7 itm dulu...siap ade yg curi lagi...klakar

luahfikiran berkata...

SALAM,
MENGINGATI KISAH LAMA MEMANG MENYERONOKKAN ! TAK HILANG TU ! ADA TERSELIT DI MANA2 .

kak wan berkata...

Kakwan masa sekolah rendah dulu memang minat majalah Bujal,Salina,dan DP dulu harga majalah ni sen - sen je tapi tetap tak mampu nak beli sendiri ..cuma kena tunggu orang dah abis baca baru boleh pinjam.

hentian berkata...

senyum sendiri baca komen kalian semua.

oo... rupanya bloggerz IM ni dah berpengalaman menulis dan pernah dapat surat peminat...

MHps berkata...

MH pernah hantar gambar lukisan potret bintang masa tu.. yg mana satu dipublish, tak tau lak. Sebab edidi yg tu dah termiss. Dapat hamper syampu Clairol Herbal Essences dll. Dapat guna syampu je, yg lain adik2 belasah MH tak sempat guna sebab dok asrama... kelakar la pulak ingat zaman remaja... pelukis potret tuh...

Kamsiah berkata...

salam..
aiseh..kiranya pernah terkena tempias glemer la ya...

roslaini saad berkata...

Majalah-majalah begini sebenarnya banyak memberi kesan kepada kita hari ini... Saya sendiri memilih bidang seni kerana terpengaruh dengan lukisan-lukisan dalam bambino, gila-gila, gelihati..dan seangkatan dengannya satu ketika dulu.....

FaAtip berkata...

dulu, mak tak belikan pun. tumpang baca kat rumah sepupu, bertimbun2 komik Bujal ni...hehe

hentian berkata...

kesan dari pengaruh majallah/komik masa kecil, akhirnya siapa sangka kini kita punya koleksi tulisan sendiri yang dibaca oleh ramai orang setiap hari di alammaya.