Ahad, 26 September 2010

Gulai Udang Kacang Buncis

Selepas Ramahdhan aku sudah jarang makan bersama anak-anak. Terasa rindu pula dengan suasana itu. Agaknya begitu juga  perasaan mak aku di kampungku terhadap anak-anaknya yang jauh termasuk aku.

Hari ini aku bertekad untuk masak sendiri. Aku beli ikan ( maaf, tak tau la pulak namanya.. ). Harga sekilo RM12. Bila ditimbang beratnya 0.5 kilo. Boleh lah beli. Sesekali makan untuk anak isteri di rumah.

Aku beli udang dan kacang buncis. Tentunya yang ini untuk dibuat gulai lemak. Aku tidak pasti sejauhmana aku boleh buat gulai lemak  udang + kacang buncis ni. Aku pun beli perencah udang. La ni serba senang. Beli je, tak perlu giling gemiling macam mak aku dulu...

"Apa hal tu ayah.... teruknya pesiang ikan?" sambil mengintai aku yang sedang mengetuk belakang pisau dengan alu lesung.. gedegung..gedegang... Keras pulak tulang ikan ni.

"Silap ayah tak suruh pekerja kedai tu potong kecil-kecil tadi," sambil aku mengesat sisik ikan yang melekat di hidung.

"Pisau ayah tu tumpul agaknya."


"Hang tu tau makan je. Bukan nak tolong ayah yang sebatang kara kat dapur ni..." keluh aku perlahan. Takut pula terdengar oleh ibu_suri yang sedang menonton Ceplos di kerusi depan. Kecik pula hatinya nanti. Tu pun dah beberapa kali dia minta maaf kat aku kerana tak boleh nak tolong aku di dapur. Jenuh juga aku memujuk.

Akhirnya siap sudah goreng ikan dan goreng telur + maiyonis. Tapi bila tiba masa untuk buat gulai udang...

Laaaa.... macam mana boleh terbeli rempah kari nih???. Sekali lagi menepuk dahi yang berdosa apa-apa. Beria-ia tadi aku beritahu ibu_suri yang aku akan memasak gulai lemak kuning. Kut-kut  akan terbuka luas sedikit selera ibu_suri yang kebelakangan ini agak tumpul.

Mau tidak mau, gulai kari pun gulai karilah!

Pendekata, makan tengahari ini kira sedaplah juga walaupu gulai lemak jadi gulai kari. Rasanya ada sikit caca merba. Sedap lagilah daripada makan lauk tunjuk-tunjuk tu.....

Hmmm... ibu_suri?  Tidur pulak dia di dalam bilik...

11 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga bila ibu_suri bangun nanti, terbuka seleranya untuk makan masakan IM itu....

ab@h_Izz berkata...

wah! tererla IM memasak..last2 minit tukar menu pun jadi....pasti anak2 & isteri bertambah selera makan masakan tu.

Dama-Ulan berkata...

ikan senangin kut tu...
sedap klu di bakar cicah air asam...

well done daddy... semoga juadah tu dapat membuka selera ibu suri dan kembalikan kenangan lama....

goodjob

ibuintan berkata...

masak lemak kuning paling senang, feberet org negeri tu..

bahannya selain bahan utama yg hendak dimasak hanya tambah kunyit, lada api dan santan saja... kalau udang tu masak dengan kacang buncis, memang sedap..lemak manis

hrusli61 berkata...

Ingat IM semasa kita berlakun kat Lumut dahulu entah macam Watak Hang Tuah boleh jadi Hang Jebat.

Jenuh aku nak continue skrip.

WN (Jiman)tentu akan tergelak.

kak wan berkata...

Kalau IM nak senang ...beli je perencah segera tu...lagi cepat dan mudah.
Beli lauk - pauk yang dah di peketkan kat pasaraya kan senang takyah nak siang lagi balik umah cuci je...semoga IM semakin ceria didapur.

hentian berkata...

yelah... bagi orang yang pandai memasak memang kata senang. biasalah tu..

hentian berkata...

hrusli61 & WN,

IM tak boleh kenang peristiwa tu. semak perut IM dibuatnya...

siti murni berkata...

Salam IM..

Buat gulai lemak boleh guna rempah kari daging...yang penting sukatan santan/susu..jangan overdose.

perghh...sedap tu...sejak resdung makin kritikal..tgk udang lari jauh2...hihi

Marina Monroe berkata...

Mesti best masakkan gulai udang + buncis, nanti nak buat jugalah..
he he he

Mila@Rimbun berkata...

tahniah IM...