Sabtu, 18 September 2010

Resah

Semalam, seharian aku diselimuti resah yang tidak berpunca. Aku sendiri pun heran, kenapa dan mengapa?

Namun di ofis, aku tetap melayan pelanggan yang datang menghantar equipment untuk  di kalibrasi. Ada sesetengahnya duduk agak lama untuk berbual hal-hal semasa. Malah ada pula yang bertanyakan pandangan aku tentang hal-hal peribadi mereka. Aku tetap melayani mereka walaupun perhatian aku terhadap mereka mungkin bukanlah 100%.

Aku cuba menyenaraikan punca keresahan itu. Ada 4 atau 5 isu yang bercampur baur di benak..... mungkin. Tentunya paling atas ialah tahap kesihatan ibu_suri yang masih stereotaip. Aku hampir buntu memikirkan tindakan selanjutnya yang perlu aku lakukan. Ada banyak cadangan dilambakkan kepadaku oleh rakan-rakan maupun saudara-mara. Tapi aku masih tetap buntu. Terlalu banyak perkara yang perlu aku fikirkan seorang diri dalam satu waktu yang sama.

Dibeberapa waktu solatku hari ini aku memanjatkan doa di setiap sujud muga Allah memberi aku petunjuk dalam mendepani semua ini. Aku harap 2 hari bercuti hujung minggu ini meluangkan aku rmeihatkan jiwaraga sambil menyenaraikan apa yang perlu aku buat dan memikirkan jalan terbaik dalam menyelesaikannya. Aku perlu bersikap positif, menggunakan apa sahaja medium yang ada untuk membantuku dan tenang dalam mengambil keputusan maupun membuat tindakan.

Aku rasa tidak berapa sedap badan. Dedar. Aku mahu tidur awal tanpa memperdulikan keadaan rumah dan perkembangan anak-anakku di rumah buat seketika.

Aku bercadang untuk bangun 1/3 malam ini dan solat Tahajjud. Mengadu pada Allah. Siapalah lagi yang ada di sisiku kalau tidak Dia!

6 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga dikurnakan ketenangan olehNya...

ahmad humairi berkata...

salam,

kekadang apa yang kita perlukan....tak kunjung tiba. Itu yang terbaik ketika itu. Allah maha mengetahui. Kita (terutama aku), insan yang lemah, namun IM tetap tabah, tahniah!, IM hebat!!!!

mutiara bd berkata...

"Hanya dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang"

Ar-ra'd: 28

maiyah berkata...

mana lg nak ngadu, hnya pd Allah yg maha melihat dan mndgr

smoga IM tabah ye

iBu...gUru berkata...

Salam IM
Dalam menghadapi keresahan......... Bulatkan hatimu hanya pada Nya Yang Maha Esa.Ketika berdepan dengan ujian yang diberikan Nya. Sesungguhnya Dia tidak akan menguji mana2 hambanya...melainkan Dia mengetahui hamba itu mampu melaluinya........

hentian berkata...

terima kasih atas nasihat kalian semua. IM cuma insan biasa. sesekali jiwang adanya...