Jam menjengah dinihari. Kenapa hati ini masih resah? Esok kan masih ada? Hujung minggu yang cuti. tentu banyak tugasan boleh di laksanakan. Servis kereta. kemas rumah. Memasak. Dan ziarah Mamat!
Khabar dari adikku - Mamat, mak akan datang esok dari kampung. Ziarah cucu terbarunya. Begitulah sikap mak aku. Seperti duta. Pantang saja ada perkembangan terbaru tentang anak-anaknya, segera dia datang menjenguk. Tak kisah dia samada ke Utara atau ke Selatan. Berkerusi roda atau mengisut. Dia hormati setiap anak-anaknya. Dia tahu, datangnya memang tak boleh tolong apa-apa tetapi cukup sekadar memberi sokongan moral.
Aku harap bila aku tua dan anak-anak aku sudah berumahtangga sendiri, Aku akan seperti mak. Ziarah mereka sesekali bertanya khabar. Kemudian kembali ke rumah sendiri dan menjalani kehidupan sendiri tanpa perlu menyusahkan anak-anak yang lain.
Mak begitu tabah. Sedari dia mula berkahwin hinggalah abah sudah tiada. Aku tahu itu semua kerana aku anak sulongnya. Anak yang pernah melalui susahpayah dan melihat sendiri airmata mak yang menitis lantaran terpaksa menelan aliran kehidupan yang pahit.
Makanya, malam ini biarpun resah bercambah, insyaAllah.... aku perlu untuk terus kuat dan teguh menempuh payah. Mak adalah idolaku ketika menungkah jiwa resah seperti saat aku mengetuk biji-biji huruf laptop yang begitu setia menyalin suara hati ini...
koleksi set cawan mak yang masih tersimpan di dalam almari
11 ulasan:
Salam pagi Jumaat IM,
ya, jadilah orang yang berfikiran positif...
wahhh..tidak tahan melihat koleksi mak IM...saya tak pernah lagi lihat corak sebegitu...ini adalah di antara koleksi corak yang rare...tahniah kerana memilikinya...
masih mahu disimpan, atau hendak di"letgo" ? Jika hendak di "letgo" saya boleh tolong jualkan di kalangan bloggers yang meminati pinggan mangkuk lama/antik...
jika berminat , emel akak : nurazzah8@yahoo.com
salam,
...hidup mesti di tempuh...walau apa jua halangan didepannya.
Salam IM,
kakwan puji sikap mak IM..sentiasa memberi sokongan moral pada anak - anak dan tidak meyusahkan anak - anak.
Tapi di kampung bukankah ada orang yang selalu menjenguknya.Doa buat mak IM moga sihat sentiasa.
saya juga berharap tidak akan menyusahkan anak-anak di hari tua nanti..
semoga emak IM sihat sejahtera menjalani hidup di usia tuanya
muga sikap kita hari ini dan hari esok akan diiktiraf oleh anak cucu kita kelak.
set cawan lama tu... kirim salam kat mamat...
Assalamu'alaikum IM
Apabila ibu telah tiada, baru saya kerap tertanya-tanya sendiri, bagaimanalah dia dahulu melakukan itu, melakukan ini. Sebab bila kita sendiri menghadapi susah-payah kehidupan, barulah terfikir bagaimanalah ibu (dan juga ayah) menanganinya dulu, sedangkan di zaman itu keadaan lebih sarat dengan pelbagai kekangan dan batasan.
Saya terkilan kerana tidak terfikir utk merakamkan (dlm pita rakaman atau seumpamanya) kisah-kisah kedua ibu & ayah dari mulut mereka sendiri semasa mereka masih ada. Terlalu sedikit yg diketahui mengenai perjalanan kehidupan mereka, termasuk bagaimana mereka menjaga kita sendiri, sehingga kita menjadi 'manusia'.
salam IM...alhamdulillah..masih ada mak yang sentiasa menyokong dan memberi semangat pada anak2..supaya tabah..
ibu2 kita memang lebih tabah dan sabar mengharungi dugaan hidup.
Ibu dalah segalanya buat anak yg mengenang jasa..
malang sekali buat anak2 yg menghantar parents mereka kerumah orang tua...bahkan lebih malang dan biadap lagi bila dibiarkan merempat sedangkan rezeki mereka melimpah ruah..
Waalaikumsalam saudara Dama-Ulan.. Esok jumpa di ICT..
Catat Ulasan