Isnin, 22 November 2010

Carik-Carik Bulu Ayam

Memang Angah banyak membantu aku dalam memperbetulkan jalan hidup Akhmal agar menjadi manusia yang bergelar orang.

"Akhmal ni OKU. Memang ayah tahu OKU ini mempunyai satu sikap yang kalau dapat dipecahkan insyaAllah akan menjadi manusia berguna."

"Apa dia?"

"Dia rasa dia ada kelemahan. Jadi untuk menutup kelemahannya itu dia cuba bersikap seperti orang hebat. Macam Akhmal ni, dia akan bercakap lepas. Sanggup bertumbuk semata atas kerana isu kecil. Sanggup terima cabaran kengkawan walaupun sebenarnya cabaran itu tidak mendatangkan faedah. Jadi kalau kita dapat beritahu dia supaya dia menjadi dirinya sendiri dan berbangga dengan apa yang Allah berikan padanya, ayah pasti dia akan jadi insan yang akan dihormati. Tak perlu berlagak jadi orang hebat walhal tak hebat tara mana pun."

"Sikap inilah sekarang yang perlahan-lahan kita perlu tanamkan ke jiwa dia. Jangan bercakap dengan nada tinggi dan suka terjal orang. Buang cakap dengan bahasa yang angkuh."

"Ayah faham, bukan senang kita nak perbaiki sikap kita yang negatif. Apatah lagi Akhmal yang bukan orang biasa macam kita. jadi kitalah kena main peranan. Jadi pemangkin. Orang macam Akhmal ni kita perlu nasihat pelan-pelan. Tak boleh gopoh-gopoh mahu dia ubah terus penangainya. InsyaAllah, ditambah dengan doa, dia akan jadi baik."

Walaupun satu ketika lalu, semasa ibu_suri baru sahaja keluar hospital akibat angin Ahmar; malam itu Akhmal mengamuk kerana tidak tahan mendengar leteren ibu_suri. Akhmal bercakap dengan bahasa yang 'lebih-kurang' pada ibu_suri hingga menyebab Angah naik berang.

"Hang kurang ajar cakap terjai-terjai dengan ibu macam tu!"

pecah akibat tumbukan
Terus diterpanya Akhmal dan mahu menumbuk. Aku cepat-cepat masuk campur untuk leraikan.

"Sudahlah Angah. Hang jangan tambah masalah kita ni. Ibu dahlah sakit macam tu. Lawan dengan adik hang yang memang dah macam ni. Janganlah kita pulak sama biol. Kesianlah kat ayah! "

"Akhmal! ambil duit ni. Pi keluar dulu mana-mana. Lepas 12 nanti baru balik."

Dan Akhmal keluar dengan deraian airmata sambil berkata;

"Akmal tak mahu balik sampai bila-bila!"

Itu kisah 3 tahun dulu. Kini aku kira Akhmal patut berterima kasih kepada Angah kerana bukan sahaja menjadi teman aku tatkala berdepan dengan insiden Akhmal keluar masuk lokap dan mahkamah, malah Angahlah yang berusaha daftarkan dia untuk dapatkan lesen motor, kemudian carikan motor yang sesuai dengannya dan kini usahakan Akhmal untuk bekerja. 

Moralnya, kita perlu banyak sabar dan gunakan segala ruang yang ada untuk membantu anak-anak kita mencari hidup yang lurus di depannya.

16 ulasan:

IMANSHAH berkata...

salam IM

susah ye menjadi ayah..hurm, patah memiliki insan2 teristimewa dalam hidup..APpaun semoga IM kuat ya!!

Echam berkata...

Saya ada 2 anak lelaki yg masih kecil. Semoga saya ambik pengajaran dari cerita IM ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi..

kakcik berkata...

Salam IM...

semoga Akhmal akan mengerti kasih sayang kalian padanya.

ibuintan berkata...

insyaallah..akhmal akan belajar menjadi anak yang bertanggungjawab

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Semoga dipermudahkan segala urusan IM..diberi kesabaran dlm menghadapi ujian ALLAH ini... :)

kak wan berkata...

Angah sudah menampakkan sifat - sifat bertanggungjawab seorang lelaki ;- mungkin di warisi drpd IM.

S..U..D..@..I..S berkata...

Angah anak ayah yang hebat...

Lana~Bulu berkata...

Tahniah buat Angah kerana menjadi insan yg bertanggung jawab...

abuzorief berkata...

Moga allah kurniakan keluarga yang bahagia..doa selalu pada Allah

Syahazli berkata...

saya yang belajar dari jauh

Mario berkata...

yela bro...mmg kena banyak bersabar dgn anak2 ni...

@na berkata...

ibu_suri beruntung dianugerahkan suami penyayang dan angah yang tabah...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Allah uji kita berbagai cara dan terpulang kepada kita untuk menyelesaikannya...sabar dan tabah perlu menemani kita selalu..

ummu berkata...

assalamualaikum IM
Subhanallah.salam ketabahan untuk IM
memang hati kadang kala hilang sabar
dengan karenah anak OKu ini
dan dalam amsa yg sama meladeni orang sakit

Yusri berkata...

semoga ketabahan IM dapat menjadi contoh kepada bapa bapa yang lain. Saya pun baru saja dapat anak 1st dan lelaki..Cabaran menanti saya di hadapan.

Yusri berkata...

semoga ketabahan IM dapat menjadi contoh kepada bapa bapa yang lain. Saya pun baru saja dapat anak 1st dan lelaki..Cabaran menanti saya di hadapan.