Halaman

Jumaat, 5 November 2010

Gitulah Anak Ayah!

Dalam sibuk-sibuk cerita pasal Pilihan Raya Kecil Galas dan Batu Sapi, tiba-tiba kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen mengambil kesempatan. Aku tidak nampak stesyen pam minyak penuh dengan kereta seperti selalunya kalau diketahui harga minyak  akan naik. Sah, rakyat tidak tahu. Atau pun sah, rakyat sudah mangli. 5 sen, ok lagi la...

Dan tidak sempat rakyat yang baru sedar di esok pagi, hujan pula turun membanjiri Kedah dan Perlis. Mujur Pulau Pinang, tidak. Dah lama Pulau Pinang tidak kena banjir besar. Kerajaan terpaksa pula mengalih pandangan ke bilik gerakan banjir. Dalam hal ini NGO seperti Jamaah Islah Malaaysia tidak terlepas walaupun sedikit lambat untuk memberi respon. Unit DERU di aktifkan semula. Aku mendapat sms;

"... JIM/IKRAM....memerlukan sumbangan air mineral, telekung, sejadah, kain pelikat, MPV dan tenaga-tenaga muda... "

Aku yang ketika menerima sms itu sedang memandu terasa jantung dijentik. Apakah aku lansung tidak ada rasa untuk membantu? Adakah semata kerana aku terpaksa menjaga ibu_suri sepenuh masa menjadi alasan untuk aku terlepas dari tanggungjawap kemasyarakatan ini?

Aku teringat sehelai kain pelikat yang masih baru tersimpan di laci. Aku teringat sehelai telekung yang ibu_suri beli dan mahu di sumbangkan ke masjid masih tersimpan di dalam but kereta. Aku teringat tuala yang aku beli beberapa helai masih tidak dipakai. Dan aku terfikir miskinkah aku kalau gaji yang baru aku dapat minggu lalu di laburkan sedikit untuk mereka yang lebih memerlukan dari aku?

"Akhmal, ayah nak hantar kamu bersama-sama kawan ayah pi tolong mangsa banjir kat Kedah, mahu?"

"Tak mahulah ayah!"

Uffsss...terasa kecil hati aku bila mudah sangat anak aku ini menolak. Sangkakan kalau ayah tidak dapat pergi, anak bolehlah mewakili. Semasa aku masih kecil dulu mak aku selalu menyuruh aku;

"IM, kamu pergi rumah Tok Din tu. Ada kenduri arwah. Mak tak dapat pergi. Kamu aje ganti mak dan abah kamu." Tidak pernah aku kata tidak. Aku paksa hadirkan diri juga walaupun selalunya aku hampir terlena sewaktu menadah tangan kerana doa yang terlalu panjang.

Aku memandu sambil melayan perasaan begitu. Selesai makan aku ambil keputusan terus balik kerana letih.

Tiba-tiba;

"Ayah, Akhmal nak ikut la macam yang ayah kata tadi tu. Esok pukul berapa sampai pukul berapa nak pergi tu?"

Heh..heh.. Gitulah anak ayah!

14 ulasan:

mario berkata...

harap2 semuanya berjalan dgn lancar dan selamat yer...

Ariff Budiman berkata...

Kadang-kadang kita merasakan seseorang itu memeningkan kepala kita dan dalam jangka masa yang sama Allah memberitahu bahawa jangan kita menilai orang mengikut perasaan kita. Tahniah Akhmal. Semoga Allah memeliharaMU

kakcik berkata...

InsyaAllah Akhmal akan berubah dari hari ke hari untuk menjadi insan yang baik. :)

hentian berkata...

IM beri tempoh 3 bulan. seperti juga tempoh yang sama selepas dia balik dari stb hingga ke tarikh dia ditahan semula oleh polis bebaru ini...

Ms.Lilies berkata...

alhamdulillah mau jugak dia nolong2

ibuintan berkata...

tahniah akhmal, memang sah anak bapak

kak wan berkata...

Peluang mendapat pahala dan membuat kebaikan jarang - jarang dapat ..mungkin itu yang Akhmal pikir..Syabas Akhmal.

Yunus Badawi berkata...

Salam IM,

Tahniah bapak dan anak sama2 ingin berbakti. Tak ramai org yg sanggup buat mcm yg kalian buat ni.

Di masjid tempat saya solat Jumaat tadi ada buat derma kilat utk mangsa2 banjir. Itulah yg dapat kami bantu.

hentian berkata...

maklumat terbaru. kedah maasih tidak dapat dimasuki melalui jalan darat kerna terputus. anak IM dan rakan rakan masih tak dapat lagi ke sana.

tunggu arahan je...

sumbangan barangan juga belum pasti nak di salurkan bagaimana...

S..U..D..@..I..S berkata...

doa dan harapan ayah ALLAH makbulkan .....makrifat tinggi tu IM

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Genetik yang mengalir dari bapa automatik ada dalam darah anak.

Tumpang bangga dengan tindakan Akhmal itu. Anak ayah mesti macam ayah kan.... Alhamdulillah.

Kamsiah berkata...

Alhamdulillah..banjir tak singgah kat kulim hehe..lg pun,umah saya atas bukit...kalau banjir pun,taman2 kat kaki bukit nampak bumbung,umah saya masih selamat,nmpk mcm pulau ja..:)

ab@h_Izz berkata...

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu sedara mara kita yg dilanda musibah....

Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima....

ummu berkata...

"Adakah semata kerana aku terpaksa menjaga ibu_suri sepenuh masa menjadi alasan untuk aku terlepas dari tanggungjawap kemasyarakatan ini?"

Allah, frasa ini membuatkan saya rasa bersalah pada suami...