Jumaat, 26 November 2010

Salonpas

Tatkala beritahu Angah bahawa rumah selang 2 buah dari rumah aku disamun tadi siang, aku mula tak sedap perut. 

"Mana hang tau?"

"Tadi kak Yanti mai sini. Dia tanya Akhmal tadi buat apa. Akhmal kata dia ada di rumah!"

Aku tahu persepsi jiran terutama Melayu dimana-mana saja tetap sama; tu... anak si anu yang baru keluar lokap tu punya kerja agaknya.. walaupun bukti sahih belum jumpa!

Aku tak banyak cakap bila memandu ke Kepala Batas seperti biasa keluar makan dan jalan-jalan untuk ibu_suri. Namun hati aku melayang entah kemana hinggakan aku pun tak faham bagaimana tiba-tiba aku sampai ke pekan Tasek Gelugor.

"Mana I tau. Ingatkan u nak bawa I makan tempat lain!" jawap ibu_suri bila aku mengomel atas tersasarnya aku ini...

Sejak semalam sengal di bahu, tangan dan peha kanan masih terasa hingga hari ini. Kalau sakit sendi mungkin boleh makan Apple Cider macam blogger WN tapi aku rasa ini bukan. Kalau ikut kata nurse klinik tempat kerja aku, ini mungkin kerana stress.

"Kita selalunya tak tahu bahawa stress boleh memakan diri sendiri.." pernah nurse Cina yang walaupun berusia tapi masih tampak manis bernama May itu memberi pandangan bila aku bertanya.

"Apalah ayah. Bertampal sana sini.." tegur Angah bila melihat aku memekap Salonpas ke peha.

"Tak pa. Satu hari nanti Angah akan rasa sepertimana yang ayah rasa hari ini." jawapku.

"Ayah hanya berusaha sedaya upaya ayah. Selebihnya Allah sahaja yang tentukan masa depan Akhmal."

Hangat dari Salonpas membuatkan otot-otot aku sedikit lega!

21 ulasan:

mie berkata...

gue de juga guna ni...
bila letih & lenguh....
nikmat terasa.hehee

kak wan berkata...

Kurangkan minum ais boleh kurangkan sakit - sakit badan serta lenguh - lenguh.Banyakkan minum air masak putih dan kalau boleh amalkan minum madu ia baik utk kesihatan.

Ms.Lilies berkata...

Ada rasa ek tampal ni?
Next time blh try

Abd Razak berkata...

Salam...

Saya pun kerap guna salonpas bila sakit kepala...

luahfikiran berkata...

SALAM,
BOLEH CUBA SALONPAS NI ! PERINGKAT USIA LF NI, MACAM2 PENYAKIT ADA.

ibuintan berkata...

salam,

suka juga tampal benda ni... melegakan tempat yg sakit2 tu

FaAtip berkata...

Manusia memang penuh dengan syak wasangka. Kalau iye pun jangan lah sampai datang rumah, tanya Akhmal buat apa.... :(

hentian berkata...

mie,
siapa guna dia tahu nikmatnya ya!

kak wan,
IM memang jarang minum berais. Tapi madu tu memang jarang amalkan..

Lilies,
Jangan tampalkan kat dahi sudahlah, hik!hik!

Abd Razak,
Nasib baik anak tak tanya; ayah nak kena pos ke mana?

LF,
guna sesekali ok. jangan selalu..

ibuintan,
masa tampal ok. masa nak buka tu.. sakit bulu roma..

fa*atip,
antara ujian untuk ke syurga, jangan banyak syak wasangka!

zmah berkata...

Pernah guna juga ...baik guna malam

ibundo berkata...

sekurang-kurangnya melegakan. kadang2 saikologi memainkan peranan..

Mario berkata...

hehe...tampal koyok mmg boleh melegakan...

errr...bukan org2 kita je berpersepsi camtu...sama je dgn bangsa2 lain...

siti murni berkata...

Salam IM

Salonpas ni panas rasa nya kan...

kakcik berkata...

Kesian Akhmal...

Acik Erna berkata...

begitu lah..masyarakat kita..
IM..saya jugak selalu guna salonpas..rasa lega sikit..bila berangin tu

Kakzakie berkata...

Salam IM,

IM tak suka berurut ke? Kalau kakak selalu urut je hubby bila dia sakit2 macam tu . Salonpas buat dia dah tak jalan. Anak kakak pun pandai mengurut. Ajar anak IM mengurut. Guna minyak panas sikit. Cubalah....

hentian berkata...

zmah,
tkasih, komen blog IM. IM guna malam le tu..

kakpah,
betul tu. kekadang saikologi yang menyembuhkan.

mario,
budaya orang melayu ni pun sebenarnya banyak dipengaruhi oleh buaday asing juga..

siti murni,
salonpas tu panas. tapi melegakan..

kakcik, harap doakan dia juga. anak IM cuma 3. kalau satu tak ok, terasa juga kehilangan..

kak erna,
tapi jangan jadi edict pula. sesekali guna ok la..

kakzakie,
urut ke..ha..ha..agee..gee.. tak tahan geli la..ekek..kek..kek..

@na berkata...

Salam Im, khal tamar baik untuk stress. Senyum selalu, krn ia mampu release tekanan..

Khairy berkata...

hehe...teringat kat nenek, dia memang suka bertampal sana sini....kiteorang ingat tu hobi nenek..haha

abu muaz berkata...

maaf nasib baik ada salonPAS... jangan guna salonUMNO ...

hentian berkata...

@na,
IM senyum selalu dah le ni!

khairy.
kita pun nanti bila seusia nenek akan ada hobi yang sama..he..he..

abu muaz,
kah..kah.. ade ade jer..

Areef Ibn Naim berkata...

salam IM,

semoga tabah dgn ujian drp allah... kite sm2 doakan yg terbaik utk akhmal... mg dirinya dipelihara drpd bahaya fitnah... sesungguhnya fitnah itu lbh bahaya drp mmbunuh!