Khamis, 9 Disember 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


Aku pun sebenarnya baru bertaaruf sikit-sikit je dengan blog Ben Ashaari ni. Namun bila kami sama-sama tersenarai dalam 20  Blog Personal Suami Pilihan, aku mula mengintai blog Ben. Arghh... terasa low profile lah aku ni bila melihatkan followernya saja melebihi 6k. Dah 3-4  kali ganda jumlah rumah-rumah kat lokasi kediaman aku ni.

Bila saja senarai 5 finalis diumumkan ( dan blog aku tercampak keluar ), aku dah mengagak yang blog Ben Ashaari akan menjadi juara. Dan memang tepat telahanku. Pendekata, kalau ada hadiah lumayan peneka paling tepat, aku layak menerimanya.

Malam ini bila aku sesaja ziarah blog Ben, aku terbaca n3 ini. Hem.. pandai Ben nak test market. Maka aku pun dengan rasa rendah diri menanam saham di sini. Ada untung sabut, timbul. kalau untung batu, tenggelam.

Walau apa pun, Muga tahun baru yang mendatang akan memberi inspirasi baru buat kita semua para bloggers. Namun aku lebih suka ucapkan SELAMAT DATANG TAHUN BARU 1432H kerana aku bukan sahaja malah tidak mahu sekadar menjadi Melayu dot..dot..dot.. yang terpengaruh dengan kalendar masihi sebaliknya mahu menjadi Melayu Islam yang melebihkan kalendar Hijr.

Ye ke Melayu Islam? Atau Melayu kapal selam, aku nih! Uhhh.......

12 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Tahniah kerana terpilih ke senarai 20 Blog Personal Suami Pilihan.

Mudah2an satu hari menjadi juara. Yang perlu ikhlaskan. Berbakti pada isteri kerana kasih sayang dan kerana Allah.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Jangan tak caya....

saya tick IM hari tu selain AAP.

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Tukar cat lg ker?
heheh..nice.. :)

abu muaz berkata...

melayu kapal selam jangan tak timbul-timbul.

hentian berkata...

kunang-kunang,
ye lah.. ikhlas jaga isteri sebenarnya paling utama.

a.z.r.i.n.a.03.07,
tkasih kerana tick IM. sori, tak berjaya ye.. tak ada aura sebagai juara macam ben Ashaari.

cik shinju,
blog je tukar cat. rumah IM dok cat lama lagi la..

abu muaz,
heh..heh.. IM teringat kapal selam yang itu..

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Kakak dah undi IM tapi tak cukup lagi kot. Lihatlah Ben punya followers. Mesti ramai yg terlepas pandang.

Apa2 pun biar jadi IM yang satu. Islam jadikan teras dalam semua hal.

hentian berkata...

kakzakie,
bukan senang juga nak jaddikan islam sebagai teras dalam semua hal. kita banyak dipengaruhi budaya asing. hingga kekadang terkeliru mana satu sebenarnya ajaran islam..

Anati Soki berkata...

ben ashaari blogger best!

nurazzah8 berkata...

Salam IM,
tak pa tak menang pun, tapi IM tetap suami mithali...yang akak rasa sesiapa yang dah follow blog IM dengan lebih lama mesti faham maksud akak...betapa tabahnya IM mengahadapi semua dugaan hidup..

since akak tengok follower IM pun dah ramai, ni ada seorang blogger ni ada buat n3 khas bgmn nak join nuffnang... boleh lah dapat pendapatan sampingan sambil berblogging...

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2010/12/langkah-langkah-mendaftar-dengan.html

republik n9 berkata...

Salam ziarah IM :)

Moga dengan kedatangan tahun baru, kite bleh berhijrah ke arah yang lebih baik lagi :)

amiinn

IMANSHAH berkata...

Ben memang hebat..6K tu..haish susah2 nak kejar..hehe

hentian berkata...

anati soki,
memang dia best. tapi kita pun best juga..

nurazzah8,
tkasih kerana jadi pemangkin kepada nuffnang. akhirnya makbul juga impian IM nak menyelam sambil minum air..

hasrul nizam,
ya.. selalunya azam IM gitu.

imanshah,
kita pulun takat kita mampu dah lah..