Ahad, 12 Disember 2010

Pakai Seluar

Maaf kerana aku tak berpeluang ziarah blog kalian semua. Cuma pilih-pilih sahaja. Sikap ibu_suri yang  mau dilayan dia dalam serba serbi buat aku tak sempat nak curi-curi buka blog.

Semalam selama 5 jam aku memandu. Membawa ibu_suri jalan-jalan. Just wal-walk eating air, beritahu aku kepada Angah bilamana dia menalipon dan terkejut bila tahu aku ada di Perak

Memang aku lebih suka memandu di highway berbanding ibu_suri lebih suka ikut jalan lama. Tak perlu berasak dengan kenderaan dan mudah singgah untuk rehat.

Selepas selesai minum dan makan sedikit, aku pergi ke bilik air. Ramai sungguh orang. Kebanyakkan Melayu. Agaknya ni mesti  segraf dengan banyaknya kenduri kahwin.

Aku pastikan tidak tersilap tandas. Pernah sekali aku pimpin ibu_suri ke bilik air. Dengan aku-aku sekali nak masuk. Nasib baik ibu_suri perasan. Kalau tidak...auww...!

Aku suka cari tandas mangkuk. Sambil mencari aku terlihat seorang budak belasan tahun sedang menggoyang-goyang pintu tandas.

"Oit.. Cepat la.. Buat ape lama bebeno tu.."

" Dah nak habih ni haa. Tengah pake (pakai) seluo (seluar)."

"Ape ke he nyer.. Pake seluo lame bebenor."

"Ye le.. Ni tengah pakai spenda (seluar dalam) le pulak ni ha... "

Dan kemudian aku terdengar dia bercakap sendirian..

"Pakai seluo lepas tu pakai spenda. Ape ke he nyer.."

Aku ketawa sendirian. Kalau pakai seluar dalam kemudian baru pakai seluar panjang tu kira biasa le. Tapi kalau pakai seluar panjang dulu baru pakai seluar dalam cuma siMamat sekor ni aje ler.

Boleh jadi calun Raja Lawak budak ni, fikir ku.

14 ulasan:

nurazzah8 berkata...

Salam pagi Ahad IM,

hahahaahahaha...lawak lah pepagi ni...

Kakzakie berkata...

Salam IM,

HE...he...he...IM yang salah dengar ke atau budak tu salah cakap. Macam superman pulak ye. Kelakar betul....

ab@h_Izz berkata...

sampai perak kat mana IM ?..tiba2 aku teringat kat kampungku..dalam satu masa boleh pergi 3 negeri..seberang jalan dah masuk penang..sebarang sungai gi Kedah...

p/s: tapi superman lagi hebat & cepat...hi..hi2

hentian berkata...

nurazzah8,
pagi-pagi dah senyum murah rezeki..

kakzakie,
ini bukan cobaan tapi betul-betul..

abah_izz,
exit taiping je. saja ronda berdua-duaan jer.

Cik SHiNJU berkata...

IM - saya pun mcm ibu suri..hway boring...kalau jalan biasa boleh tgk view kiri kanan..kat mane2 pun boleh benti..huhuhu ade superman plak dlm toilet tu erk :P

Anati Soki berkata...

ahahaha..dah jd superman daaa... wahahah.. lawak

S..U..D..@..I..S berkata...

kadang2 suka jalan lama tapi bukan time puncak...

kak wan berkata...

Agaknya memang betul superman dalam tandas tu...
Seronok ye jalan - jalan makan angin , ronda - ronda berdua sambil dengar radio...sambil sembang - sembang. kakwan suke..

zai berkata...

Tak pa IM..IM diuji sebegitu oleh Allah SWt kerana dia nak bagi pahala kot tu kat IM..berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul...

maiyah berkata...

hahaha :D mmg lawakkk

cikpuanhady berkata...

hohooho..

sabau aje la..


Jom skodeng :Mengenai CPC, CPM, BE & ME Nuffnang

nurazzah8 berkata...

salam di hari Isnin IM,

apa khabar Im dan ibu suri?

hentian berkata...

cik shinju,
driver mana boleh tengok kiri kana. hilang fokus..

anati soki,
superman cakap loghat perak..

sud@is,
jalan lama kat penang ni banyak traffic light. boring juga..

kak wan,
bila anak anak dah besar, depa tak mahu ikut kami. jadi kami kembali berdua duaan..

zai,
yelah, ujian ni pun kira ringan juga berbanding lain orang. syukurlah ada rakan rakan yang menghulur simpati dan empati..

hentian berkata...

maiyah,
tu la.. jangan lawak bodo dah..

haszuraiddah,
tengah sabo le ni..

nurrazah8,
baik baik je. tkasih kerana motivate IM daftar nuffnang. hepi..