Halaman

Rabu, 22 Disember 2010

Tidak Tergamak

Udah masuk minggu ke 2, aku masih kurang sihat. Pagi terasa seperti mahu demam tapi bila petang, ok pulak. Risau juga dibuatnya takut-takut ada sebab lain. Sejak umur pelan meningkat ini, terasa benar sakitku lambat kebah.

Yang lebih terusik di hati ini ialah seperti tiada tempat untuk aku mengadu. Jauh sekali anak, ibu_suri pun bila aku beritahu aku mahu rehat sahaja di rumah dan tidur awal malam ini;

“Ala, bukan semalam you janji nak makan kat Sg Petani ke? I boring la duduk kat rumah seharian. You asyik-asyik kerja, komputer, kerja, komputer…”

25 tahun aku serumahtangga dengan ibu_suri. Kalau tidak 100%, 90% aku tahu sikapnya. Ditambah dengan fe’el aku pula yang tidak suka bertelagah panjang, makanya selepas 1 kali… selepas 2 kali mengatakan tidak, maka kali ke 3;

“Ok la.. Lepas sembahyang nanti kita pergi ok?”

“I nak pakai baju mana?”

“Tuu…” Sambil memuncungkan mulut kearah baju yang yang tergantung di pintu bilik Along. Huu.. nak pakai baju apapun mahu aku pilihkan!
   
gambar hiasan

Aku harap aku mampu mempertahankan rumahtanggaku dengan ibu_suri. Tidak tergamak untuk aku mensia-siakan kehidupan yang telah kami bina hampir suku abad ini di atas senangpayah dan senyumtangis.

Selalu aku berdoa jika tidak kami mati bersama, biarlah aku sempat menjaga ibu_suri hingga ke akhir hayatnya. Banyak sangat aku melihat rumahtangga yang runtuh walaupun telah berusia bertahun-tahun hanya kerana rapuhnya kasih sayang. Hendaknya pula ada orang ke3 yang dapat menawarkan kasih sayang dan kepedulian yang lebih baik kepada pada salah satu dari pasangan itu, Sayugia, runtuhlah istana di basahi deraian airmata!

17 ulasan:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam IM...

tak sihat ke..
isshh...kalo sakit usah dibiarkan..
lekas pegi jupe dr..
kang melarat pulak..


.........
moga IM bahagia sokmo lah..

nurazzah8 berkata...

Salam,

jangan lupa menjaga kesihatan diri..pergilah check di klinik...
semoga cepat sembuh...

semoga IM berbahagia suami isteri...

ab@h_Izz berkata...

salam IM...ooo dah 25 tahun IM melayari kehidupan berumahtangga..Tahniah! boleh share rahsia...

p/s: Moga bertambah sinar dan bahagia lagi hendaknya..

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Kemampuan seorg lelaki telah dikurniakan Allah melebihi dari seorg hawa. Mempunyai lebih isteri tidak salah. Tapi kena tahu dari segalanya yg telah Allah gariskan.

Mesti ramai yg marah kakak nie. Heh... janganlah meingingkari nas...

Moga IM dah sihat sekarang.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Takpe sakit ianya mengurangkan segala dosa-dosa kecil...tandanya Allah mengasihi kita..

ibuintan berkata...

as salam IM,

banyakkan sabar dan moga cepat sembuh..

bila kita tidak sihat, kita memang amat perlu rasanya kepedulian dari insan yg paling hampir dengan kita, sekurang2nya berkurangan sakit yg dirasai

kakzakie...saya tak marah

kak wan berkata...

Salam IM..,
Memang adat berumahtangga bila sorang ketegak , sorang kena mengalah setiap pasangan ada lebih ada kurangnya ..,kalau ingat yg baik akan baik jadinya jgn ingat yg buruk kerana syaitan akan menyucuk.
25 tahun , jubli Perak dah ..takpa insyaAllah menantu ,mungkin membawa keceriaan buat IM ,lebih - lebih lagi ibu_suri.
Kalau tidak sihat baik jumpa doktor takut melarat..tapi saya rasa mungkin IM stress melayan perasaan .maka akan rasa macam tu.

Zakir Lazarus berkata...

dalam keresahan malam terbitlah embun membasahi hamparan. Hamparan indah bertakhta yakut dari sulaman kasih dan sayang seorang putera bernama insan marhaen. Ya Ghafur Ya Ghafur Ya Ghafur

ghost writer berkata...

alhamdulillah...abang masih mampu pertahankannya..sesungguhnya hati yang kuat itu disertai iman yang utuh...cintailah mereka yang senantiasa di sisi..jangan pernah berputus asa bang.life is so short right...doakan kesejahteraan utk family abang.respect!

Acik Erna berkata...

Salam IM..sama lah ..dah tua2 ni..lambat betul kebahnya..puas makan ubat kan..

bearcat berkata...

Aminn! Aku doakan Allah makbulkan doa IM.

republik n9 berkata...

Salam ziarah IM, moga cepat sembuh dan anda sekeluarga mendapat rahmat, keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat :)

hentian berkata...

kalian,
maaf sebab tak dapat balas komen dan ziarah blog kalian. masa terbatas kerana ibu_suri meragam 2-3 hari ini. kesihatan juga tidak mengizinkan.

S..U..D..@..I..S berkata...

anda hebat
gembirakan ibu-suri
pengorbanan besar tu IM

IMANSHAH berkata...

Salam, saya tag tuan sertai contest,,org2 dewasa macam kita ok je masuk..hehhe

http://pembawarotan.blogspot.com/2010/12/pengalaman-berkhatan-contest.html

IMANSHAH berkata...

salam IM

sayu lak baca entri ni..itu yang dah berumah tangga, macam saya yang belum ada rumah dan tangga ni apalah agaknya nasib kita di depan ya..Allah maha mengetahui

nik rosmawati berkata...

Salam

tahniah tuk awk dan isteri.dah 25 bersama.moga sentiasa bhagia.

jaga kesihatan diri.