Isnin, 31 Januari 2011

Air Tangan Yop.

Aku membesar di zaman Pop Yeh Yeh. Anak sulong dari 11 beradik. 2 sudah pergi lebih dahulu. Kalau ikut kata doktor, aku boleh dapat tidak kurang dari 5 adik lagi. Namun kerana faktor umur doktor nasihat mak aku supaya 'pencen awal'. Hu, 'hebat' juga mak dan abah aku ni, ya!

foto ini asalnya hitam putih tapi kemudiannya di warnakan
Aku dengan dengan adik beradik memang akrab. Mana tidaknya, akulah yang menjaga mereka bila mak dan abah bekerja. Abah bekerja sebagai buruh City Councill ( sekarang MBI ). Mak pulak menoreh getah sebelah pagi dan mencari bijih timah di sebelah petang. Bila mak balik aku mesti kena marah kalau  tak penuhkan tempayan dengan air atau tak membasuh pakaian yang penuh baldi atau masih tak bagi mandi adik-adik. Paling sedih bila mak marah;

"Kamu nak bagi mak mati, ya!" bila belum lagi memasak untuk tengahari. Kekadang aku termenung ditangga. Tak tahu nak masak apa untuk hari itu!

Barangkali airtangan aku inilah yang membuatkan aku dan adik-adik saling hormat menghormati. Aku sendiri semakin lupa akan kisah-kisah semasa kecil bila kami bercerita sesama. Mereka rindukan cucur kodok yang aku selalu masak untuk sarapan pagi. Mereka bercerita tentang aku yang akan membesit mereka dengan tuala kecil kalau masih belum mandi.

" Sudahnya, bila kume semua dah mandi, Yop yang tak mandi lagi.. " lalu berderailah ketawa bila kenangan itu diceritakan semula.

Sekarang ini aku masih cuba mengekalkan keakraban itu. Mana-mana adik yang perlukan bantuan aku akan menjadi pemangkin untuk membantu mereka. Ada seorang dua yang mungkin ditakdirkan Tuhan agak susah kehidupannya. Aku dan adik-adik lain cuba membantu.

Bila menjelang Hari Raya, keakraban itu lebih terasa. Kami saling berpelukan tak kira lelaki atau perempuan dek kerana saling menghormati itu.

Bagi aku yang paling penting ialah anak yang sulong. Anak ini memainkan peranan penting dalam institusi adik beradik. Anak yang sulong perlu dilihat berintegriti dan bijaksana. Boleh dijadikan sebagai tempat mengadu dan bertanya pandangan.

Mak dan abah aku merokok ( orang perempuan dulu merokok termasuk opah aku ). Bila melihatkan ini aku bagi warning kat adik-adik lelaki aku;

" Kome jangan sorang pun hisap rokok. Yop tak mahu tengok asap rokok keluar dari mulut kome. "

Namun akhirnya aku tidak dapat melihat rekod itu dipertahankan bila adik lelaki aku yang bongsu rupanya merokok. Alakulihal, dia lahir dan membesar apabila aku sudah tidak lagi di kampung . Aku sambung belajar di Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur dan terus bekerja di Pulau Pinang hingga kini.

24 ulasan:

ghost writer berkata...

sangat berkesan cerita nih..membuatkan aku juga terkenang zaman kanak-kanak ku dengan adik beradik yang lain..

sekarang hanya aku sorang yang meneruskan kehidupan di tempat orang dan merata tempat.terlalu jarang sangat bertemu sekalipun hari raya.

kakcik berkata...

Sangat beruntung ibubapa dan adik2 IM mempunyai anak dan abang seperti IM. :)

Abd Razak berkata...

Teruskan keakraban di antara kalian semua...moga Allah panjangkan keberkatan ukhwah itu..

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Alhamdulillah, Im seorang anak dan abang yang baik.

Selalu sedih bila lihat ada adik beradik yang sentiasa bergolak hubungan mereka.

ibuintan berkata...

bertuahnya ibu bapa dan adik-adik IM, kini ibu-suri pula...

semoga hubungan baik itu akan berterusan

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Baru kakak tahu mengapa IM boleh tabah menjaga ibu_suri sebegitu baik kerana pengalaman menjaga adik-adik yg ramai sebelum ini. Tak sangka IM juga macam seorang kakak, boleh masaik. Insya-Allah IM akan mendapat anak-anak seperti yg pernah IM lakukan sebelum ini.

NzA berkata...

sweet memory.....

hrusli61 berkata...

Berarak mendung kelabu
Menyusuri langkah mu
Sepanjang kehidupan
Penuh cabaran namun ....

hentian berkata...

biskut,
IM sendiri remang bulu ketika menulis entri ini.

kakcik,
IM pun tercari-cari formula mak IM jaga kami.

abd razak,
muga allah kekalkan keakraban ini.

kunang-kunang,
IM juga tak faham kalau adik dengan abang tak sebulu. beberapa kawan IM ada bercerita begitu.

ibuintan,
syukur atas kebertuahan itu.

kakzakie,
boleh memasak takat untuk makan sendiri. cincai-bocai je..

nza,
sweet bila dah jadi kenangan. tapi untuk menjadikan ia kenangan itu pahit jua adanya.

hrusli61,
mendung kelabu berarak
datang pula awan kelabu yang lain
silih berganti
menguji kekuatan diri.

roslaini saad berkata...

Assalam IM...Padanlah IM begitu tegar menjaga ibu_suri ..kerana dari kecil dah ada pengalaman menjaga adik-adik...Memang pun anak sulong banyak main peranan. Anak sulong saya pun digeruni adik-adiknya lebih dari saya..saya pun tak tahu kenapa..

S..U..D..@..I..S berkata...

Moga dipanjangkan keakraban sampai bila2....
sedih crita yop.....

Air tangan yop memesrakan adik beradik.....

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

besarnya pengorbanan im buat mak abah n adik2...

teringat cerita 'gemilang' di tv3 setiap isnin...

moga sgl pengorbanan im akan dibalas dgn ganjaran yg tdk terhingga, amiin...

hentian berkata...

roslaini,
memang rasa beruntung kerana pengalaman lalu cukup memberi manafaat.

sud@is,
IM menulis kisah ini kerana ada antara blogger yang tanya bagaimana IM begitu akrab dengan adik beradik.

areef,
apa yang dilihat itu sepatutnya diambil iktibar dan cuba kita amalkan.

Ibu n Abah berkata...

IM...
Alhamdulillah... satu contoh anak sulong yang baik dicontohi....
Sebagai ibu memang sangat berharap anak sulong menjadi harapan kami...
ALhamdulillah, IM dah berjaya melaksanakan tugas sebagai abang yang boleh diharapkan/bergantung oleh adik2.

aLieF si Muncung ManiS berkata...

waaa...seorang anak yg baek..crita ni pun mmbuatkan aku rindu dgn adik2 dan akak saye..dan rindu dgn mak bapa saye...huhuhu..nice entry..akak,,kalau akak free,,dtg la jenguk blog saya yg fresh lagi..dan jgn lupa follow taw.hehe..-->
http://aliefcmoi.blogspot.com/

Citarasa Rinduan berkata...

bertuah sungguh mengenali IM...

IMANSHAH berkata...

saya bangga dengan IM..sungguh

hentian berkata...

ibu n abah,
satu lagi tugas besar, hujung minggu ni jadi wakil keluarga menerima peminangan.

alief,
kalau rindu balik lah jenguk dengan segera

imanshah,
banggalah juga dengan diri sendiri

citarasa rinduan,
semua orang ada tuah yang tersendiri.

aLieF si Muncung ManiS berkata...

tak dpt balik..tak ada cuti..kami ada exam next week...sedih..lagi pun saya study over the sea..hhuhuhu..---> bro do follow my blog..mana taw,,bro boleh bagi tunjuk ajar macm mana nak jadi blog otai mcm bro..thanx anyway..^_____^

Sham berkata...

respek yob... saya tak merasa berabang...tapi kak long saya pun caring sangat2 jugak...

Anonymous berkata...

Saya anak tunggal..

abu muaz berkata...

t.kasih berkongsi kisah ini.
moga anak anak saudara tuan pula makin akrab sesama mereka.

hentian berkata...

alief,
blog otai..? huh..

sham,
saya pulak abang tak ada kakak jauh sekali..

tanpa nama,
terasa IM beruntung juga punya ramai adik walaupun takada abang dan kakak

abu muaz,
setakat hari ini nampak mereka ok..

aizamia3 berkata...

Saya sukakan catatan ni.. membesar dalam kepayahan yang akhirnya memberi seribu makna kepada diri.