Sabtu, 29 Januari 2011

Taklah Sedap Sangat

"Abang, I tak boleh tidur la. Boleh nyanyikan untuk I macam dulu."

Terkebil mataku sambil ketawa besar yang dibuat-buat. Malam-malam buta gini dengan mata yang mengantuk nak kena menyanyi kat ibu_suri pulak. Akhir-akhir ini  perangai ibu_suri ini macam kebudakan. 

Tapi memang betul la... Aku seorang yang tak banyak cakap. Jadi bila masa bertunang dulu ibu_suri yang rajin menalipon. Konon nak sembang panjang. Tapi aku tak tahu nak sembang apa. Aku pun hairan bila lihatkan kawan-kawan aku yang kekadang boleh berjam-jam pot pet pot pet di talipon dengan marka mereka.

"Awat abang ni diam je. Cakap la."

"Nak cakap apa? Nyanyi boleh..?" sambil aku mengalih talipon ke telinga kanan. Panas rasanya dek lama melekap di telinga kiri.

"Lagu apa? "

"Lagu Ebiet..."

"Sapa tu?"

Heh..heh.. mana ibu_suri tau lagu Ebiet. Lagu Hindustan tau la dia..

Aku tiba-tiba teringat lagu ini - Nasehat Pengemis Untuk Istri. Aku memang selalau nyanyikan pada dia di dalam kereta semasa kami baru kahwin dulu. Motif aku ialah supaya dia tahu bahawa membina hidup dengan aku realitinya  bukanlah serba mewah.

Suara aku taklah sedap sangat. Untuk syok sendiri, boleh la...



semasa mengetuai kumpulan nasyid Muhajjir membuat persembahan

20 ulasan:

Kamsiah berkata...

nyanyikanlah lagu Tidurlah Wahai Permaisuri...

Marina Monroe berkata...

Salm IM, aduh! tersentuh pulak bila ibu suri minta IM dodoi kan nyer..
he he he

ibundo berkata...

pada telinga ibu suri suara IM bak buluh perindu..

kakcik berkata...

Biar tak sedap di telinga orang lain, asalkan boleh menenangkan ibu_suri. :)

ibuintan berkata...

sebab sedaplah tu, maka ibu-suri suruh nyanyi.... romantiklah pulak

Adinda Amy Sensei berkata...

salam IM...

apa khabar...moga sihat selalu..menyanyi untuk ibu_suri baguslah...IM kan pandai menyanyi.hehehehe..

ghost writer berkata...

memori 1994 tuh...kira leh tahan gak sora abang IM ek...

betapa sayang abang IM pada ibu suri takkan pernah padam.

S..U..D..@..I..S berkata...

biar x sedap tapi suaramu pujaan hatiku...hehe

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Romantiknya. Alhamdulillah kasih sayang kekal abadi hingga sekarang. Semoga rumahtanggan IM bahagia selalu.

hentian berkata...

kamsiah,
kekadang memang IM nyanyikan lagu itu juga.

MM,
entahlah.. sesekali rasa macam bebudak.

kakpah,
buluh perindu? yelah tu.. kekadang macam buluh meriam pun ada.

kak cik,
begitulah sebenarnya harapan IM.

ibuintan,
sedap bukan kerana suara tapi kerana keikhlasan itu, mungkin..

hentian berkata...

amy,
IM ni macam coach sukan. mengajar pemain pandai tapi nak main tak berapa..

biskut,
IM cuma jadi penyanyi latar je..

sud@is,
kata orang, kalau dah suka k*nt*t pun bau wangi, tak gitu?

kunang-kunang,
memang cita-cita IM, rumahtangga ini akan IM pertahankan hingga akhir hayat.

iBu...gUru berkata...

salam IM......... romantik nyer, macam dalam filem. teringin nak dengar.........

Ariff Budiman berkata...

He he tak percayalah IM menyanyi. pasti macam suara Broery Marantika. Bertuah ibu suri dapat artis ya

Omaq oTai berkata...

dapat record, msti dpt msuk top 10 carta fullamak..hehe

xpe, ibu_suri dpt tidur dgn suara ala-ala BM, jadi le tu..
kdg2 usaha yg kita anggap kecil amat bermakna bg yg menerima/mendengar...

hentian berkata...

ibuguru,
tak dengar pun takpe. sakit lubang telinga..

budiman,
macam broery tapi belum habis nyanyi semua lari..

omaq,
yang penting bukan suara tapi kasih sayang..gitu..

Sham berkata...

steady IM...alamak memang layan tido lah lagu ni IM...

Citarasa Rinduan berkata...

selalu jadih kasih dgn kisah IM dan ibu suri

hentian berkata...

sham,
hu.. IM tengah mengantuk kena menyanyi la pulak..

citarasa rinduan,
kisah ini buat teladan kat pembaca juga..

aLieF si Muncung ManiS berkata...

ahahahahhaa..sweet sgt2 bro..rasa mcm nak kahwinjuga..haha.. -->
follow my blog bro...hehe.baru lagi.budak mntah..thanx bro IM..
http://aliefcmoi.blogspot.com/

ahsfantasy24 berkata...

wah..
thun 94 tu, hehe~