Halaman

Jumaat, 25 Februari 2011

Racau

Berjumpa doktor Psikiatrik di GH hari ini tidak seperti lazimnya yang mengambil masa agak lama. Kondisi ibu_suri yang agak ceria dan stabil membuatkan doktor memutuskan untuk meneruskan pengambilan Respiradon, Epilin dan Sertraline. Cuma tambahan satu ubat - Neurobion kerana ibu_suri merungut sakit  peha beberapa minggu ini.

"Awak kena exercise banyak, ya. Jangan duduk sahaja nanti darah awak tak jalan elok. Siapa buat kerja rumah?"


Hanya ibu_suri tersunggin senyum sambil memandang aku. Aku cuma ketawa kecil.

Sambil doktor menulis perkrespi, aku ambil kesempatan bertanya hal Akhmal yang jatuh dari motor kerana tiba-tiba dirinya menjadi tidak normal akibat diserang 'benda' itu petang kelmarin. Hingga mengakibatkan dia mengalami cedera di dagu dan tapak tangan. Ini jatuh motor kali ke 3 dalam masa sebulan. Bukan isu kecil.

"Ada kemungkinan anak saya itu tergolong dalam kategori Skizofrenia?"

"Saya tak pasti. Dia kena check dulu. Awak bawa dia ke bilik 001."

Aku terpanggil untuk bertanya bilamana aku diberitahu oleh ibu_suri ketika menunggu giliran tadi. Dia ternampak seorang budak yang tiba-tiba meracau dan berguling di lantai. Racaunya itu persis Akhmal!

12 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM..
akak ni tak tahu nak kata apa...
cumanya hanya mereka yg pernah mengalaminya boleh merasakannya..
semuga IM jumpa penawar untuk Akhmal.. Insya'Allah...

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

Fikirkan keadilan Ilahi, insyaAllah beres!

ibundo berkata...

salam IM. Kalau ada kesempatan bawalah akhmal berubat dengan harun din atau dengan anak2 murid harun din yang ramai di darussyifa' bandar baru bangi ni.
insyaallah, setiap penyakit ada penawarnya.

Adinda Amy Sensei berkata...

setuju dgn pendapat kakpah tu...

ghost writer berkata...

skizophernia tuh macam mengalami halusinasi bukan...seolah-olah ada lembaga yang datang menakutkan...

huh,biasa cuma tengok dalam filem2 horor jer.

Kakzakie berkata...

Berusahalah apa juga cara untuk pulihkan Akhmal IM, asal jangan melanggar syariat sudah. Perjalanan hidupnya masih panjang lagi....

NzA berkata...

moga ibu suri brtambah sihat....

penyik misteri tu.....

ibuintan berkata...

teruslah berusaha IM, moga Akhmal dapat dibantu..

Omaq oTai berkata...

saLam IM,
Moga IM tergolong di dalam golongan mereka2 yg dipermudahkan sgala urusan, diberi ketabahan dan ditinggikan darjat dalam apa jua pengorbanan yg dilakukan~

bluethunderheart berkata...

malam
semoga sehat selalu
salam hangat dari blue

Citarasa Rinduan berkata...

selamat pagi IM..

lepas memasak terus singgah sini bertanyanya ttg kes akhmal..

em.....rasanya IM dah hantar berubat kampung kan>>

skrg nak ubat hospital yer??
sesuai tu..teruskan y mana mampu yer IM

kami sokong apa jua tindakan IM utk klrgmu

hrusli61 berkata...

Setiap insan mempunyai kekurangan dan kekuatan tersendiri. Jangan membuat andaian hanya menurut perasaan dan memerhatian zahir sahaja. Aktif berjamaah bukan semua orang berkemampuan.

Bersyukurlah masih ada satu dua kerat yang masih dibebankan dengan tanggung-jawab ini. IM bukan tidak langsung menyumbang, ada juga bentuk sumbangan IM dalam segi penulisan, buah fikiran dan kesudian mendengar kepada beberapa persoalan peribadi mahupun jamaah.

Jambatan ukhuwah jamaah masih dibentangankan kukuh merentangi laluan hidup IM. Cuma sudi-sudilah menghampirinya dan jika sudah bersedia laluinya bersama dengan sahabat-sahabat lain.

Pasti di hujungnya banyak pergurbanan diperlui. Pasti.