Aku memang selalu bawa ibu_suri makan di gerai S.A Jaleel tepi Public Bank, Pekan Kepala Batas. Tadi, lepas makan aku pimpin ibu_suri ke kereta seperti selalunya. Masuk dalam kereta dan aku memandu keluar ke jalan raya untuk balik.
"Bang, you ada hilang duit?"
"Tak!"
"I jumpa duit tepi pintu kereta tadi." Sambil menunjuk not yang berkeremut akibat digenggam."Nak buat macam mana ni?"
Aku diam. Duit orang ni. Hisshh... satu masaalah la pulak!
"Bang, I risau la...."
"Bagi kat mesjid aje la. Tak pun bagi kat NGO."
Tak jauh memandu.
"Bang, macam mana nak buat dengan duit ni."
"Simpan je dulu."
Sesampai di rumah; " Bang, you simpan duit tu kat mana?"
Tu la... Kalau simpan duit yang bukan kita sendiri punya jadi gini lah. Tak tenteram dibuatnya.." Rungutku.
Satu kerja la pulak nak fikir pasal duit ni!
17 ulasan:
masuk dalam tabung mesjid
Setuju dengan IS...
sedekahkan
Hebahkan pada solat Jumaat sebanyak 3 kali. Kemudian baru boleh masuk tabung masjid atau digunakan dahulu. Bila ada yang tuntut kena ganti balik walupun sudah lama.
sedekahkan jer IM..
senang citer...takut simpan terlupe la plk...takut tergunekan
Mungkin duit IM pernah hilang....Tuhan nak ganti balik.
sedekahkan je dlm tabung masjid n brniat.....ibu suri pn bukan sengaja tramilkan.....
yer, IM..masuk dalam tabung masjid..
elok masukkan dalam tabung masjid atau tabung derma yang lain
setuju dengan yang lain-lain.
ermmm..alangkah indahnya sifat tu kalau pemimpin zaman sekarang pun berfikir mcm ni...mmg ada..tapi boleh kira dgn jari kot...")
JOM NYANYI LAGU IKAN KELI
nak tunggu orang cari RM 1 tuh memang tak cari lar..
so,ikut apa yang lain cakap,masukkan dalam tabung surau atau masjid.
Im letak je dalam tabung masjid..:P..
foto tu hiasan jer. jumlah yang jumpa tu kira ratus juga...
setuju dengan cadangan kawan2...
Assalamualaikum IM,
Saya nak minta pertolongan sikit. Minggu lepas ketika saya nak masuk blog IM saya nampak Malware warning. Sekarang ni nampaknya dan tak ada.
Sekarang blog saya ada 'warning; tu, macam mana saya nak hilangkannya. Please help me.
cepat2 letakkan dalam tabung masjid :)
Catat Ulasan