Kalau sebelum ini aku menggunakan sepan untuk menggosok badan ibu_suri namun tidak hari ini. Merasai sendiri sentuhan kulit ke kulit rupanya membuat rasa kasih dan ihsan aku lebih indah dan akrab.
Kasih aku kerana mengenangkan dialah teman hidupku sejak >20tahun lalu. Bersama merenangi lautan hidup yang penuh gelombang.
Ihsan pula ialah kerana aku tahu saat begini dia amat mengharapkan keikhlasan 100% aku untuk menjaga dan ambil peduli akan dirinya yang sudah tidak mampu berdikari.
Aku lap badannya dan mencarikan baju yang dia mahukan. Sediakan ubat mengikut jadual dan bawa dia bersiar-siar hampir setiap malam dan hujung minggu untuk hiburan. Selalu aku tiupkan peransang dan kata-kata manis bila saja dia mengadu sakit atau susah hati. Walaupun kekadang bukan sedikit kejemuan dan rasa marah singgah di celah-celah keletihan aku sebagai insan biasa namun aku tahu, dia amat memerlukan aku. Aku tahu dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada aku. Aku juga tahu setiap hari dia menunggu aku balik dari kerja dan meminta aku memeluknya untuk mendapatkan kekuatan dirinya sendiri!
Kiranya aku masih beruntung kerana masih punya dia sebagai teman hidup, masih punya kesihatan yang baik untuk uruskan dia dan punyai anak-anak yang saling menyokong walaupun mungkin tak seberapa!
20 ulasan:
selamat pagi IM
sayangi dan belailah ibu suri selagi masih hayat di kandung badan...
ayu sentiasa mendoakan IM tabah......
Alhamdulillah..sesungguhnya saat kita lemah diberikan kita kekuatan dengan cara yang lain.
Berdoa agar Allah permudahkan urusan IM utk menempuh ujian nya.
aku bayangkan aku berada di dalam sepatu ibu suri.....
memang aku memerlukan kasih sayang suami..
semoga IM terus diberikan kekuatan utk menjaga ibu suri..
Itulah dikatakan teman hidup... Sayang, kecil hati, marah, geram... adakalanya sedikit benci tapi... tak dpt dibayangkan keseorangan tanpanya... itulah agaknya chenta ye? :)
assalamu 'alaikum IM,
banyakkan bersabar yer... sesungguhnya IM insan terpilih yg diuji allah... sesungguhnya allah itu menguji sekadar kemampuan hamba-Nya, tidak lebih drpd itu...
mafhum ayat 1-5 surah al-ankaabut (yg lbh kurang maksudny begini) : "adakah mereka merasa sudah beriman, sdgkan mereka tidak diuji lagi"
inilah hidup bang. berikah kasih tanpa harga. dan insyallah suatu hari kasih itu datang kepada kita tanpa dipinta.
org yg sihat kena lbh kuat...jika moody..letih..muka masam mencuka..yg sakit bertambah sakit...
kuat atau lemahnya kita berdasarkan kepada ujian yang diterima
kami doakan ibu suri dan IM baek2 belaka dan boleh menempuh segala dugaan..:P
IM...
Alhamdulillah..
masih ada suami yg 'agung cinta'nya merawat isterinya...
- ingatkan suami saya jer mcm tu....
semoga IM terus diberi kesihatan yng baik
assalam..
kita punya kelebihan kita yg tersendiri ;)
Tkasih buat semua yang beri komen. IM baru balik dari KL.
masih kurang sihat. deman malam, siang pula berhujan...demi melayani ibu_suri...
saLam ukhuwwah IM,
Moga Allah beri jua kekuatan yang IM perolehi kepada OmOt(Omaq Otai). Ameen~
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan
kesihatan sendiri juga penting
perlu diberi perhatian
ibu_suri jika tidak dalam keadaan begitu, tentu tidak mahu IM melalui apa yg sedang dlalui. semoga Allah anugerahkan kekuatan rohani jasmani minda, kesihatan pada IM di kala kasihsayang seorang suami diperlukan, insyaAllah.
bertuahnya ibu_suri memiliki suami spt IM.....
Ibu Suri sakit ape IM?
Catat Ulasan