Nampaknya, sejak menggunakan botol ke 2, krim rambut Tropicana BioHearbs seperti n3ku di sini, kelihatannya ada kesan positif. Rambut ibu_suri sudah tidak banyak gugur. Kelihatan agak sihat dan tidak fobia lagi untuk menyikat. Keadan ini sikit sebanyak memberi impak postif juga pada emosi ibu_suri. Tidak lagilah merengek pada aku setiap kali lepas menyikat rambut lepas mandi.
Khabarnya ada produk yang lebih baik dari krim rambut yakni serum. Tapi harganya mahal sebab itu aku cuma beli krim rambut sahaja.
Sebenarnya ramai yang menyarankan aku menggunakan berbagai cara. Ada yang suruh guna minyak zaitun. Ada juga cadangkan perap dengan santan kelapa. Mak aku di kampung pula suruh masak santan hingga menjadi minyak. Dan minyak itu dilumurkan ke kepala.
Disamping guna Tropicana BioHerbs, aku juga guna syampu anti gugur bila cuci rambut ibu_suri. Memang meresahkan tatkala mensyampu rambut ibu_suri, rambutnya bertaburan atas bahu. Aku terpaksa menggosok kepala ibu_suri ala kadar sahaja.
Syukurlah padaNya terhadap ini semua. Satu demi satu aku lalui dengan tabah. Esok lusa, belum pasti ujian apa pula yang menanti!
19 ulasan:
kat mana beli nih?
kat mana beli nih?
kesan ubat mungkin juga penyebab rambut ibu-suri banyak yang gugur
salam IM ......... segala ujian dan dugaan akan menjadikan kita lebih "dewasa" .... segala pengalaman yang dilalui akan menjadi panduan untuk laluan dihari esok .....
jangan terlalu fikirkan apa yang akan jadi masa akan datang,tapi bergembiralah apa yang ada hari ini...
itu juga kesan positif.
setuju dengan ghost IM
jgn difikir apa yg akan berlaku hari esok..
doa yang baik2 saja
imanshah,
kalau di penang kat masjid bayan baru setiap kali solat jumaat. atau layari laman web yang IM link kat n3 IM.
ibuintan,
doktor shkan ubat psikiatrik yang ibu_suri ambil tidak beri kesan rambut gugur.
ibu_guru, ghosr writer, sud@is,
IM selalu berkongsi pengalaman ini dengan generasi baru di lokasi kerja IM.
wah bagus ni...boleh beli...
mak mertua saye pun ade buat minyak rambut gune santan..tapi tu la...baunye...
kita yang tak sakit ni pun berhadapan masalah rambut gugur. Ada jual di farmasi?
Alhamdulillah sekurg2nya IM dh jumpa penawar utk rambut ibu_suri....
Kakak pun gugur rambut juga IM. Tapi buat tak tahu je. Terbaik jangan simpan rambut panjang. Cepat kering, senang nak pakai tudung.
Kakak nak carilah krim tu....
oohhhh mujarab gak krim tu ek..
kak pah,
kat farmasi tak pasti ada jual ke tak. tapi, ini produk ala-ala MLM nampaknya..
ainoraini,nza,kakzakie, amy,
tapi IM tak suka pakai krim ni sebab rambut IM tebal. so rasa rimas. IM palai minyak rambut T3 keluaran HPA.
eden nak torai la...ape2 pun IM memang steady...be strong bro...
kekadang nk jd mcm IM, prlukan masa..maybe masih bernasib baek kot..huhu..
Ya Allah, Engkau teruskn beri kekuatan pada Im dalam kehidupan sehariannya..Ameen~
alhamdulillah...bagus la mcm tu..semoga abg IM tabah menghadapi segala ujian..k..:P
salam
dulu2 my hubby dok pulun sapu benda tu jugak...tp berbotol2 habis tak juga tumbuh rambutnya hehe...
semoga ibu suri segera pulih seperti dulu-dulu dan membawa sinar dalam keluarga.
ada ke minyak rambut yang menghitamkan uban secara perlahan2 ?
al lavendari,
minyak rambut tu kononnya boleh menghitamkan rambut juga...
cuba try test tengok..
Catat Ulasan