Sabtu, 14 Mei 2011

Catatan Pagi

Maaf dek kerana udah lama tidak BW ke blog kalian. Masa yang ada selepas balik kerja amat terhad. Setelah tolak masa makan bersama ibu_suri kemudian bahagi pula dengan membawa dia keluar jalan-jalan di sekitar Bukit Mertajam atau Kepala Batas, berbaki hanyalah seciput minit untuk berblogging.

Blog aku pula sedang dalam penstrukturan semula. Walaupun sebenarnya aku  lebih sinonim dengan warna hitam tapi untuk ke ini kalinya aku memilih warna putih. Aku jatuh cinta dengan blog tehr yang tampak bersih. Template pula mulanya aku terlihat di blog Perjalanan Yang Singkat yang mengadaptasi format dari sumber di OurBlogTemplate. Namun setelah ditukul sana sini akhirnya aku kembali ke format Blogger. Untuk lagu aku tidak lagi menggunakan Singgingbox kerana ia kerap sangat problem page sebaliknya aku guna Mindviz  seperti yang digunakan oleh blogger Warna Nostalgia. Istimewanya gadget ini ialah boleh memuatnaik lagu sendiri secara terus tanpa perlu menyimpan di laman lain.

kredit untuk BerandaBumi
Dengan sedikit tips yang diberi oleh blogger Jendela Hatiku, aku menggunakan Paint Brush untuk merekacipta header yang tidak sepertinya ini. Cukuplah untuk kali ini rasanya. Letih sesangat otak  ini terkejar-kejar memikirkan konsep blog kali ini. Di tambah dengan pemprosesan komputer yang lembab dan keletihan mata yang membaca menggunakan spec aku kira hasil ini udah cukup hebat sempena 12 May!

Di dalam masa yang sama aku di terjah oleh Celcom yang tidak pernah lupa pada bil talipon mak aku beberapa tahun dulu yang masih tertunggak. Kata Angah, aku dah bayar sebenarnya tapi kenapa masih dikatakan belum bayar?

Dalam masa yang sama juga ibu_suri kerap merengek sayu bila Angah tidak balik kerana bermalam di rumah mertuanya. Memang terasa sesangat kesunyian rumah ini tanpa kehadiran Angah. Pun bila ada Angah di rumah aku pula tak larat nak layan celotehnya.

Sekejap lagi aku akan memandikan ibu_suri yang seperti biasa di hujung minggu, menyampu rambut dan  mengetip kukunya. Biasalah memandikan orang yang besar ni. Dengan aku-aku sekali lenjun!

Aku akan mula BW esok, insyaAllah! Teiba-tiba pula saja teringat mak sedangkan aku baru saja balik menjenguknya minggu lepas sempena Hari Ibu. Huishhh...

14 ulasan:

iBu...gUru berkata...

Salam IM ...........setiap hari adalah ibu ......jenguklah bila ada kelapangan.........bila rindu caling2........ mesti lega rasanya

IMANSHAH berkata...

putih tu bersih IM..saya dah lama guna putih

ibuintan berkata...

simple dan kemas

teringat mak.. bila rindu saja boleh call atau balik berjumpanya, tapi bila mak dah tiada ke mana nak di bawa rindu itu

NzA berkata...

putih + suci + bersih.....

rutin yg perlu dilangsaikan...

roslaini saad berkata...

Salam IM...

Kagum juga dalam kebatasan masa , boleh lagi renovation rumah...heheh..lagu background pun sedap...
Kagum juga dengan IM yang menjaga Ibu-suri.... payah nak cari orang lelaki sebaik begini... kalau saya yang sakit entahlee.... walau demam sikit pun saya sendiri drive ke klinik... kalau kena mandi begitu jawabnya.. dapat madu laa...hahahha...
Tapi sesekali lenjun bersama seronok juga kan...

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Tahniah dah jadi Bapa Mertua dan Ibu suri dah jadi Mak Mertua. Harap2 tak lama lagi join kelak kak anilah, kita main-main dengan cucu.

Apa pun, semoga tabah dengan perjalanan hidup ini.

zul permatang badak berkata...

blog i/m berwajah baru......lapang rasanya.......bersih terang benderang....

ghost writer berkata...

patut kerajaan adakan anugerah 'suami mithali' untuk abang IM..betapa terkesannya di hati para-para suami di luar sana yang mengetahuinya..

tapi saya masih bujang lagi.hihi

hentian berkata...

ibuguru,
IM ni bab calling2 cukup culas. tak tahu nak cakap apa. pasal tu ibu_suri dulu merajuk pasal IM diam je bila pi dating!

imanshah,
hitam pun bersih perrr...

ibuintan,
ziarah kawan baik dan saudaramaranya.

nza,
ya... mau tidak mahu demi tanggungjawap - tetap dipikul.

roslaini,
sesekali dengar sedap la jugak. lagu kenangan..

kunang kunang,
IM bila sebut cucu ni ada sikit rimas lah...

zul,
bila nak renovate blog ssp pulak?

ghostwriter,
cpat-cepat le kahwin. kahwin muda lebih baik. bila dah 50an nanti anak-anak dah besar macam IM ni..

barulah boleh enjoy..

S..U..D..@..I..S berkata...

berkenan juga Im... kemas

siti murni berkata...

rajin IM ubahsuai 'rumah baru' IM ni..saya pun minat putih tapi dalam masa yang sama hitam jugak yang melekat di hati..sayang nak tukar ditambah dengan penyakit tak berapa rajin...rumah baru IM cantik! :)

hentian berkata...

Sudais,
IM pun rasa senang melihatnya.

Siti Murni,
Perlu ubahsuai rumah sesekali. Baru datang semangat baru untuk terus menulis.

IMANSHAH berkata...

singgah petang ahad

ummu berkata...

salam IM
warna putih khabarnya mesra seo
erm saya tak sempat nak berblog walking sebab tulang belakang.
wassalam