Aku sebenarnya seorang yang perasa. Aku tidak betah dengan sikap terjah dan kasar. Aku impikan dunia yang aman, saling faham memahami dan hormat menghormati.
Hiasan foto dari sini |
Namun hakikatnya dunia ini bukanlah semudah itu. Dari keluarga dan susana kampung yang tentram dan damai aku mengungsi ke Bayan Lepas, Pulau Pinang kira-kira 20 tahun lalu. Bayan Lepas ketika itu masih dalam proses urbanisasi. Paya Bakau di tepi pantai habis di tambak untuk dijadikan tapak perindustrian.
Di sinilah aku mula menerokai dunia penuh cabaran. Sendirian tanpa keluarga berdekatan. Aku temui sikap-sikap mereka yang kononnya bergurau tetapi dengan bahasa yang kurang selesa. Temui insan bertalam dua muka. Juga tidak kurang sikap kesukuan dan kebangsaan.
Namun memang lumrah. Dimana ada banyak dakyah di situ ada banyak dakwah. Dimana ada banyak ruang noda di situ juga ada banyak ruang pahala.
Di sini aku mula berjinak dengan kuliah agama secara mingguan bimbingan Dr Danial yang ketika itu baru pulang dari Mesir. Aku sertai NGO Jamaah Islah Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Medan-medan ini banyak membantu aku erti penerimaan terhadap apa juga budaya keliling yang tidak serasi dengan budaya aku. Memahami kemajmukan sikap, kelemahan azali sesaorang dan erti berkebajikan pada yang lebih susah kehidupannya dari kita. Aku juga temui ramai rakan-rakan yang masih ramai inginkan dunia yang aman dan tenteram.
Pendekata, walaupun Pulau Pinang ini panas budayanya tapi aku masih utuh berada di sini hingga kini. Hinggakan aku masih ingat akan pelawaan rakan sekampung;
"IM, baliklah ke kampung kita. Kampung kita perlukan orang macam IM."
Dalam hatiku cuma berkata, aku terasa selesa di sini kerana aku sudah temui apa yang kucari. Dan juga aku senang dengan Kerajaan Negeri yang ada hari ini!
22 ulasan:
IM, Kebahagian tidak semestinya ditempat kita dilahir. Kadang2 rezeki kita menunggu di tempat lain. Ada kalanya penghijrahan membawa perubahan yang tak disangka.
IM...kita akan selesa dgn apa yg telah kita biasa...
menulis komen sambil diiringi lagu intan liyana, bet plk hahaha..
teman berhijrah sejak 1989..berpindah2 akhirnya sampai dan menetap di sini, sabak bernam.. selalu juga kwn2 di kampung bertanya bila nak balik ke kampung ? deme ada kata, kalau teman balik kg, teman jadi ketua kampung hihihi..mungkin bila pencen teman balik ke kuala kangsar, bukan di kampung..10 km dari kampung.. ntahlah, sejak org tua teman tiada.. rasa ingin kembali ke kampung makin dingin..
saya suka n3 ni..menyentuh hati saya
assalamualaikum IM.....
untuk meneruskan kelangsungan hidup kita dimana2 pun tak kisah asalkan ada ketenangan dan kekuatan untuk melalui jalan2 didepan.......... ..... tapi bagi saya sehingga hari masih bergantung kepada kekuatan insan lain...........
IM..MP sndiri pun trpksa berhijrah mgikut suami..Bukan melupakan terus kg halaman..tapi keadaan di tempat ini lebih baik dari kmpung halaman....
dimana2 pn xkisah asalkan kita bahagia n tenang...
kampung halaman.....siapa yang kenal kita...........terasa asing...
ditempat orang kita kadang2 diutamakan...didahulukan......
ya.....kita terbilang ditempat orang........
Walaupun bukan kampung sendiri tetapi jika telah lama dibina mahligai keluarga di situlah kita akan rasa selesa dan bahagia. Tambahan bila itulah tempat kita mencari rezeki....
saya masih belum dapat apa yang saya cari..doakan dipermudahkan ye IM..
dah lama tak ke P. Pinang
setuju dgn kata2 abang. bahagia ialah apabila kita dikelilingi oleh orang yg kita sayang, dengan persekitaran yg kita selesa.
semakin lama kita disatu2 tempat semakin serasi kita disana..
kita akan selesa disitu kalau disitu kita jumpa semua benda yang kita mahu..
btul, btul, btul tu...
selagi mana kita berupaya 'memberi' dan 'menabur', maka itu lah tempat kita..moga IM sentiasa bahagia d mana jua berada..
Baguslah begitu, risau juga bile Abu nak hijrah kembali ke kampong. Saya juga ada terdetik nak ke Tapah tapi bukan pilihan utama lagi.
Penglibatan dengan IKRAM banyak menagih masa, tenaga dan sumber manusia.
Sesekali sayu mengenangkan Sobri dan Nana. Sobri telah diusahakan yang terbaik untuk. Sedangkan Nana kembali kepada ibu kandungnya setelah 6 tahun kami pelihara, sekarang hampir 10 bulan hidup tanpanya di sisi. Semoga Allah melindungi mereka dan kita.
hari2 melangkah keadaaan berubah..penglibatan diri dalam jemaah satu kelebihan.....
wau ahli silat gayung..hebat nih panglima IM
Setuju dengan IM... tapi tak faham cuma satu.." senang dengan Kerajaan Negeri yang ada hari ini!'
hari apa yang dimaksudkan..???
biar apa pun yang sudah berubah dan terjadi di negeri sendiri ia tetap menjadi negeri terbaik dalam hati kita.
salam. realitinya kita ni memang dah tak duduk di tempat asal. Sebab tu sekarang ni rumah kampung terbiar dan cuma tinggal yang tua-tua..
insyaallah kakpah ke penang tengah bulan jun. ingat nak melawat2. apa ada di penang selain bukit bendera? shopping tak mau.. penah ke tokong ular 35 tahun dulu.
IM...kalau sudi..bila2 senang jemput lah datang ladang saya...")
IS sekarang bahagia di Ipoh
walau kerinduan di kampung emmancar dalam sanubari ayu...
ingin berjasa dgn tempat ayu dibesarkan..
namun, kadangakala bila ada amanah y lebih penting...
ayu akan dahulukan dan utamakan y terutama sahaja
buat IM, dimana anda, asal anda bahagia....... dan sejahtera selalu.
terima kasih atas komen dari semua. sebenarnya, walau di mana bumi dipijak di situlah langit kita junjung. IM masih ingat pesan mak IM; jangan berak di pinggan sendiri!
Catat Ulasan