Masih pening-pening. Mujur juga Angah bijak suruh aku ambil MC. Boleh rehat disamping menjaga ibu_suri kalau-kalau emosinya terganggu. Bila dia bangun nanti kami berdua perlu pula ke Perodua Juru. Aku pun tak tahu apa yang patut dibuat. Selalunya bila dalam keadaan pengalaman masih kosong aku akan dengar nasihat dari yang 'pakar'.
Aku pernah juga mengalami keterukan begini semasa masih baru memegang lesen. Tapi itu bukan aku punya sebaliknya sewa dari orang lain. Aku cuma bayar denda kemudian urusan seterusnya tuan punya sewaan itu lah yang tanggung. Kali ini aku perlu hadapi sendiri. Yang lebih menambah kebimbangan, itu milik ibu_suri. Aku cuma membawa.
bahagian sisi pemandu rosak teruk. Foto cuma hiasan |
Aku pun tak perasan bagaimana boleh terjadi. Cepat sangat. Tau-tau berdentum dan enjin terus mati. Aku terpinga-pinga sekejap. Ramai orang berkerumun tiba-tiba. Nasib baiknya ibu_suri cool sahaja. Aku terus talipon Angah. Dialah yang banyak memberi arahan dan ingatan pada aku yang masih pening.
"Ayah, jangan peduli apa yang orang tarik kereta tu kata. Ayah call Perodua minta nasihat." nasihat Angah.
Tak lama kembalik Perodua pun sampai. Pemandu Cina yang keretanya tersenereh dengan Kancil aku pun dah hilang entah ke mana. Keretanya di tarik oleh kembalik Heap Bee. Dia tu mabuk agaknya, kata sesetengah orang ramai. Dok merepek dan berbau alkohol!
Aku cuba mententeramkan diri dan bersyukur kerana aku dan ibu_suri tercedera sedikit sahaja. Kata orang ramai itu lagi, titi Sungai Permatang Rawa di depan Taman Guru, Tanah Liat ini memang kawasan maut. Terlalu banyak kemalangan berlaku di sini.
8 ulasan:
Assalamualaikum...
Takperlah kalau hanya keretanya sahaja yang rosak...
IM kemalangan ke???moga xde apa2....
syukur IM dan ibu-suri selamat... itu yg lebih penting
Asalamuaaikum
Alhamdulillah tuan selamat
syukur...
Im dan ibu suri selamat
subhanallah.. risau gak kan...
AR,
Yelah.. IM pun syukur begitu.
NzA,
Ya.. otw balik dari zarah mak di kampung.
ibuintan,
Ya.. ibu_suri pada IM lebih penting.
imanshah,
ya.. mungkin Tuhan masih sayangkan IM.
CR,
Tapi badan ni... sakit-sakit..
alhamdulillah semuanya selamat.
betul, jgn ikut ckp tukang tunda tu,
ikut pengalaman mmg masak kita digorengnya
AHP,
IM dah terkena sekali dulu. Dia kaya atas angin..
Catat Ulasan