Halaman

Ahad, 19 Jun 2011

Senyum Tenteram!

Tengahari tadi aku bawa ibu_suri menziarahi anakku di sini. Secara dasarnya Akhmal ok cuma katanya boring. Aku cuma menasihatinya supaya bersabar. Sendiri cari, sendiri tanggung! Hik..Hik..!

Berbelanja rm50 buat beli keperluan itu dan ini dia selama seminggu. Aku hanya dibenarkan menandakan senarai keperluan yang sedia ditulis di atas lis yang disediakan mereka. Mereka akan dapatkan dari kedai... hmmm.. mungkin koperasi mereka, agaknya. InsyaAllah, kalau tak ada halangan minggu depan aku akan ziarah dia lagi. Dah jadi satu tanggungjawap sebagai bapa walaupun sekadar diangkat.

Seperti selalunya ibu_suri akan menangis. Gagang talipon yang dipegangnya hampir basah. Ya lah, ibu mana yang tidak sedih dan pilu melihat anak jadi begitu. Namun, Sebusuk-busuk daging, dicincang dimasak, dimamah jua.

Sepanjang jalan balik ibu_suri muram. Aku cuba memujuknya dengan nasihat dan jenaka. Aku ajak dia singgah makan di gerai tepi rel berkembar yang sedang dibina tidak jauh dari menara jam bandar Sungai Petani. Sedap juga masakan di situ. Ada cendol pulut pulak tu!

Malam pula aku bawa ibu_suri makan di Restoran  Kari Corner di Permatang Keling, Restoran ini menyediakan lauk pauk yang pelbagai. Aku suka dengan gulai lemak sayur fucuk dan cendawan butang.

Kah...Kah...Kah...Hampir 30 batu jauhnya dari rumah aku semata-mata untuk bawa ibu_suri makan malam. Bagi aku, asalkan emosi ibu_suri tenteram, itu sudah 1000 rahmat.

Orang lain tidak tahu ini. Aku seorang sahaja yang tahu. Hatta mungkin tidak juga pada anak aku yang baru di walimahkan itu!

6 ulasan:

iBu...gUru berkata...

AH.......... saya selalu jugak ke kari coner tu........ memang meriah kat situ.... tapi malam ni, jauh sikit........ lepas mahgrib terus ke kuala kurau cari kari sembilang ...

hani@debumelukut berkata...

Saya mengikuti setiap langkah perjalanan hidup IM melalui blog dan benar sekali, Tuhan menduga kita dgn dugaan yg berlainan sesuai dgn kemampuan masing2...InsyaAllah segalanya baik2 belaka akhirnya.

Abu Hanifah berkata...

IbuGuru,
Bagi AH, masakan ibu_suri lebih sedap dari segala yang ada di gerai itu. Namun, walau kini AH tidak lagi dapat merasainya, syukurlah AH masih dapat bersamanya.

hani,
Allah yang menghidupkan kita. Allah tahu kemampuan kita.

Muga kekuatan AH mengharungi likuan hidup menjadi inspirasi juga pada Hani.

Areef Ibn Naim berkata...

salam AH,

selamat hari bapa!

moga kali ini akhmal akan benar2 insaf n berubah, amiin...

sesekali mencuba makanan di luar, best gak, hehehe...

izman berkata...

apalah sangat duit ringgit kalau nak dibandingkan dengan senyuman insan yang tersayang.

moga abang tabah dengan dugaan ini.

Abu Hanifah berkata...

Areef,
AH sebenarnya tiap-tiap kali makan di luar. AH tak benarkan ibu_suri memasak di dapur bimbangkan keselamatan beliau memegang pisau dan api.

Izman,
Memanglah senyum mereka lebih berharga dari wang ringgit. begitu pengorbanan dari yang bernama ibu dan ayah.

Harap bila mereka sudah dewasa dan kita sudah terlalu tua, mereka ingat kepada kebajikan kita.