Halaman

Selasa, 26 Julai 2011

Dunia Ini Kita Pinjam dari Mereka




Tribute buat Sudir - anak muda yang gigih dalam kerjaya
Kereta aku tersadai di depan SR Penanti sejak malam tadi. Injinnya mati tiba-tiba kala mengambil selekoh depan balai polis Kubang Semang. Kecewa panjang ibu_suri kerana tak dapat siar-siar seperti selalunya.

Sekumpulan anak muda sedang makan di gerai burger ramah bertanya dan mahu menolong. Sejuk rasa hati aku dengan sikap hormat mereka. Angah yang baru saja sampai ke rumah mertuanya berpatah balik membantu aku. Masing-masing kami tidak tahu apa puncanya. Ignition ada tapi injin tidak boleh hidup.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk rujuk pada mekanik Kedai Asia Tyre sahaja, esok. Aku minta anak saudaraku datang ambil ibu_suri untuk dibawa balik. Bagi aku, ibu_suri adalah yang utama perlu diuruskan. Keadaan yang tidak selesa dibimbangi akan menyebabkan emosinya tak stabil.

Di rumah, aku cuma goreng mee sahaja dan makan berdua dengan se-mug kopi. Sambil minum aku terfikir akan anak-anak muda yang membantu aku tadi; yang sedang makan burger, anak saudaraku dan Angah. Mereka inilah aset negara yang diharap akan menjaga hari ini dan hari depan agama dan negara. Kita sepatutnya  menghargai mereka walaupun mereka mungkin berniaga burger sahaja.

Aku teringat kata-kata ini: 'kita bukan mewarisi dunia ini dari orang tua kita tetapi meminjamnya dari anak cucu kita.'

12 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat pagi IM...

alhamdullilah, mungkin sebelum ini IM pernah membantu orang lain, kini masanya IM dibantu oleh insan yang baik hati......

semoga kereta IM cepat dibaiki dan tak kluar banyak kos ya, maklumlah hampir ramadhan.. banyak kluar RM

kakcik berkata...

Sejuk hati bila melihat anak2 muda menghormati yang lebih dewasa serta tidak berat mulut/tulang untuk membantu saat diperlukan.

Kakzakie berkata...

Menjual burger kalau tempat kakak lebih lumayan berbanding makan gaji. Cuma mereka tidak ada EPF/SOCSO.

Bantuan diberi adalah atas kehendak Allah juga IM. Moga ramai anak muda seperti yg IM katakan itu...

insan_marhaen berkata...

CR,
Rancanh hari ini cuti nak selenggara pendinginhawa. Nampaknya kena baikpulih injin pula.

kakcik,
Kekadang, yang kita sangka nakal dan huru-hara itulah yang membantu kita di sasa-saat memerlukan.

kakzakie,
Betul tu. Ada antaranya yang memiliki kereta lebih mahal dari kereta IM.

Ann Huda (Ate) berkata...

Quote kata-kata "Kita bukan mewarisi dunia ini dari orang tua kita tetapi meminjamnya dari anak cucu kita", menyebabkan Ate berfikir.....

sahromnasrudin berkata...

oleh itu, pastikan kita meninggalkan mereka dengan yang baik2 aja heheheheee

NzA berkata...

kalau benda dah nak jadikan IM...

insan_marhaen berkata...

Ate,
Berfikir itu pelita hati. Bukan mudah bagi penulis itu menulis supaya yang membaca terfikir sesuatu. Dan bahagialah bagi yang membaca akan terfikir sesuatu disebalik apa yang dibaca..

sahrom,
itu tugas kita bersama.

NzA,
Sabo aje le...

pB berkata...

mujur masih ada lagi anak anak muda yang berjiwa mulia

nyanyisunyi berkata...

saalam IM..
mudah2an masih ramai lagi remaja yg berhati murni..dn mudah2an anak2 kita juga begitu...

S..U..D..@..I..S berkata...

yg berbudi bahasa, yg pandai membawa diri, yg tahu menghurmati moga menjadi warisan berzaman

insan_marhaen berkata...

pB,
InsyaAllah, setiap zaman akan tetap ada yang berjiwa mulia.

nyanyisunyi,
Muga-muga anak kita akan menjadi masyarakat yang membina.

s.u.d.@.i.s,
Merkalah yang akan mendukung maruah dan tammaddun negara dan umat.