Halaman

Khamis, 11 Ogos 2011

Biarlah Mereka Belajar...


Tahun ini kali pertama aku tidak bayarkan fitrah untuk 2 anakku – Along dan Angah. Fikirku, mereka sudah cukup dewasa. Angah sudah berkahwin. Pastinya tanggungjawap dia pula membayar fitrah untuk diri dan isterinya - Ayu. Along pula sekarang ini sedang menjalani OJT ( On Job Training ) di IT Support, bahagian pentadbiran KLMU dan mendapat elaun bulanan.

Terasa ringan pula bahuku. Walhal bukan banyak manapun kalau aku yang melunaskan fitrah mereka. Mungkin terasa ringan itu bukan sangat dinilai dari sudut keluarnya wang.  Tetapi kerana berkurangnya beban dari tanggungjawap sebagai ayah.

Waktu yang paling afdhal melunaskan zakat fitrah ialah sebelum berdirinya Solat Sunat Hari Raya. Waktu wajib mebayar pula ialah pabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari 1 Syawal.

Waktu sunat pula ialah di sepanjang bulan Ramadhan. Selalunya aku mengambil waktu ini untuk membayar zakat fitrah keluarga supaya tidak lupa kalau berlengah-lengah.

Kalau selepas solat sunat hari raya baru nak bayar jatuh makruh pula. Lagi teruk kalau lepas terbenam matahari satu Syawal. Dah jadi haram pula.

Aku mula membayar sendiri zakat fitrah diri ketika berumur 22 tahun. Maka di umur anak-anakku sekarang, memang selayaknya mereka memikul sendiri tanggunjawap ini. Biarlah mereka belajar sebagaimana aku dulu diajar oleh abah!

15 ulasan:

kakcik berkata...

Syukur Alhamdulillah bila anak2 sudah tahu akan tanggungjawab mereka. Tahun ini, seperti tahun lepas juga - zakat fitrah bagi keluarga kakcik dilunaskan sepenuhnya oleh Along. :)

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
MM pun ingat tahun ni kali pertama MM bayar sendiri fitrah utk MM, selama ni abah tlg bayarkan lepas tu suami pulak... tapi tadi dlm perbualan telefon dengan 'dia', katanya dia akan terus bayarkan fitrah utk MM selagi hayat dikandung badan... terima kasih...

insan_marhaen berkata...

kakcik,
Sejuk hati ya, ada anak yang menyimpan penuh tanggungjawap menjaga orang tuanya.

MM,
Sebenarnya ikatan itu masih ada antara MM dan 'dia'. Baguslah, kehidupan yang baik perlu dijaga.

MulutPayau berkata...

IM..Alhmdulillah kalau anak2 tahu t/jawab mereka...kadang2 saya terlupa nak ambik tahu pasal zakat fitrah..suami yg sntiasa lunaskan...

IMANSHAH berkata...

saya pun dah lama bayar sendiri IM

hani@debumelukut berkata...

IM, rumah siapa ni dah siap berpelita..belakang ada bukit dan rumput hijau di depan..cantik sungguh!

Kakzakie berkata...

Anak-anak kakak masih bersuap segalanya IM. Lama lagi nak tunggu masa itu.

Mesti IM terkenang masa Along dgn Angah masih anak-anak dulu rumah riuh dgn suara mereka...

insan_marhaen berkata...

MP,
itulah untungnya jadi isteri, ya!

Imanshah,
Patutnya begitu. Dah beso dah..

hani,
itu rumah IM dikampung. foto ambil masa raya tahun 2008. ada landasan keretapi antara gunung dan rumah IM. ada pokok getah dan ladang ubi kayu. dululah...

kakzakie,
maknanya masih muda lagi tu. masih jauh perjalanan hidup... tabah dan sabarlah!

Ibu n Abah berkata...

IM..
lain rasanya kan bila dah punya anak yg bekerja dan berumahtangga...
Rezeki yg tak terkata rahmatnya kerana merasa merasai semua itu..

nur berkata...

Alhamdulillah.. Terima Kasih IM atasperingatan waktu membayar zakat.. Semoga rezeki kita semua diberkati oleh Yang Esa..

NzA berkata...

semoga mrk lebih berdikari dan rasa lebih brtanggung jawab...

insan_marhaen berkata...

Ibu n Abah,
Betul tu. Dan lagi boleh jadi tempat bergantung jika ada masalah.

nur,
jangan ralit pulak ya...

NzA,
Mereka perlu kendiri untuk teruskan perjalanan hidup.

mario berkata...

dulu masa OJT pun dah start bayar zakat sendiri...

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

sy pun biasany byr pd waktu sunat tu... :)

yelah, takut2 tk berkesempatan lak...

nyanyisunyi berkata...

Assalam IM..
sebenarnya sepatutnya sy dah start cuti harini tp memandangkan bnyk lagi keje nk kena setlekan sy dtg juga bekerja,..

Saya tk pegi bayar zakat lagi..sejak 6 tahun lepas sy dah kena bayar zakat sendiri untuk sy..untuk anak2 sejak tahun 2009 sy kena bayar utk mereka selepas abah mereka meninggal..lambat2 nanti takut terlupa dan kelma kabut..insyallah minggu depan kena pegi bayar.

Selamat berpuasa buat IM dn Ibu_Suri serta anak menantu.